Selasa, 29 September 2009

Salam Aidilfitri 2009!



Selamat hari raya Aidilfitri dan salam Lebaran 2009 buat semua pengunjung...Maaf zahir dan batin. Lama sudah aku tidak meng'hapdet' blog ni...tak sempat-sempat aku nak 'hapdet'. Sekarang...selepas lebih seminggu raya...barulah ada kelapangan nak 'hapdet'.

So...macamana raya tahun ni...?. Bagi aku...raya tahun ni lah yang paling meletihkan. Apa tidaknya, seminggu cuti...seminggu tu le tak berhenti-henti 'drive' kereta...kalo berenti pun sebab tidor...ye lar...mana boleh bawa kereta masa tidor kan...?. Dari Selatan sehingga ke Utara...perjalanan mencecah hampir 1500km...ikut ukuran pada speedometer kereta aku ler...jauh kan...?

Serba sedikit pengalaman aku sempena menyambut Syawal tahun ini...

Sabtu 19/9-8.30 pagi bertolak dari rumah ke Parit Buntar. Berhenti di R&R Seremban menunggu adik ipar aku. Konvoi 2 buah kereta. 8.30 malam baru sampai Parit Buntar,buka posa pun kat susur keluar R&R Gunung Semanggol...Kawasan rehat...penuh sesak...so terpaksa parking tepi jalan susur keluar. Letih wooo..12 jam drive...jalan punyalah sesak tak payah nak citer lah.

Ahad 20/9- Beraya ke rumah sedara mara sebelah bini aku. Petang lak pegi rumah adik ipar aku kat Kulim.

Isnin 21/9- Beraya kat Penaga,Sg Dua (rumah sedara mara bini aku)..pastu terus ke Alor Setar rumah kawan aku dan Kuala Nerang rumah bapak saudara aku...2 pagi baru sampai rumah adik ipar aku kat Kulim.

Selasa 22/9- Dari Kulim terus ke Sg Besar (rumah bapak aku lak)

Rabu 23/9- Beraya kat Bagan Datoh...rumah sedara mara mak aku lak.

Khamis 24/9- Relaxs kat umah.

Jumaat 25/9- Beraya sekitar kampung aku.

Sabtu 26/9- Beraya kat umah kakak aku di Sekinchan,Tg karang dan terus ke rumah abang aku di Pulau Indah. 1.30 pagi sampai kat umah mentua aku di Rantau N.9. 2.30 pagi bertolak balik ke Kluang. Around 5 pagi sampai kat rumah aku- Lepas angkat barang...solat Subuh...terus tdor...celik2 je dah pukul 2 petang.

Pergghh...sampai hari ni masih lenguh-lenguh lagi badan...anyway aku lebih gembira melihat anak-anak aku seronok beraya sambil dapat duit raya!

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top