Isnin, 26 April 2010

CCM Weekend Drive

0 comments


Ahad lepas 25hb April 2010, aku bawa family aku join CCM Weekend Drive. Dengan bergerak secara berkumpulan dari lokasi berkumpul, destinasi pertama ialah singgah di Taman Botani Johor di Sri Medan,Batu Pahat. Aku sendiri selama 8 tahun menetap di Johor, inilah kali pertama aku datang ke sini. Tiada apa yang begitu menarik perhatian selain melihat keindahan alam ciptaan Allah swt di sebuah tasik bekas lombong. Sesuai bagi kaki pancing...aku pula lupa nak bawak pancing.



Pokok Melaka....inilah kali pertama aku melihat pokok yang menjadi ilham bagi Parameswara untuk membuka negeri Melaka dahulu sehingga di kenali oleh pedagang seantero benua.
Kemudian kami bertolak ke Junkyard Sale di Rengit,Batu Pahat. Lokasi ini amat popular kerana penduduk di sini menjual barangan terpakai dari Singapore yang masih berkualiti. Namun begitu, untuk mendapatkan kualiti yang terbaik...bergantung kepada kepakaran sendiri memilihnya. Dari peralatan bayi seperti stroller sehinggalah ke peralatan elektrik seperti tv lcd. Harga juga boleh dikategorikan murah antara 50% hingga 80% dari harga asal. Namun begitu, tiada sebarang jaminan kualiti bagi setiap barang yang dibeli....
 
Selepas penat meronda-ronda di Junkyard sale ni...kami bergerak semula ke Batu pahat untuk 'pekena' neasi beriani gam...perrgghhh...tak dapat nak cerita nikmatnya. Lepas makan, berehat di taman permainan kanak-kanak. bagi 'can' pada anak-anak pulak untuk bermain.
 
Bawah ni adalah peta kedudukan kedua-dua tempat di atas.
 
 

Selasa, 6 April 2010

Selamat Hari Jadi Puteraku...

0 comments

Sambutan hari lahir anak aku yang ke 4 tahun...Mohammad Aiman Harith...1 April 2006 - 1 April 2010...sambutan ala kadar untuk memenuhi permintaan anak aku yang ingin memotong kek hari lahirnya bersama kawan-kawannya...















Terima kasih pada kawan-kawan yang hadir...semoga anak ku di beri kesihatan yang sempurna...di panjangkan umur dan terus di berkati ALLAH SWT....

Isnin, 5 April 2010

Sepetang Di Tanjung Piai

0 comments

Mercu Tanda Tanjung Piai

Kali ini cuti hujung minggu,aku bawa family aku bersiar-siar di satu tempat yang tak akan jumpa di mana-mana...boleh kata special juga lah tempat ni...Tanjung Piai...Penghujung Tanah Besar Benua Asia.
Terletak di daerah Pontian...selepas aku menghantar laporan amali di OUM JB, aku terus meneruskan perjalanan ke tempat ini. Bagi sesiapa yang tidak tahu...sila tengok peta di bawah, kedudukan Tanjung Piai.
Terletak di pantai barat negeri Johor

Sedikit gambar kenangan semasa berada di Tanjung Piai.
Papan Tanda Sekitar Tanjung Piai

Sekurang-kurangnya...selagi aku masih berada di negeri Johor ni, sedikit-sedikit tempat yang menarik yang ada di negeri ini aku telah lawati sebagai pengalaman dalam menginsafi dan mensyukuri nikmat dan kekuasaan ALLAH SWT.

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top