Jumaat, 26 November 2010

Google Desktop - Info When You Want It, Right On Your Desktop

0 comments

Apakah Google Desktop....?
Google Desktop menjadikan pencarian komputer anda semudah mencari sesebuah laman web dengan Google. Google Desktop merupakan aplikasi carian komputer yang menyediakan pencarian teks penuh mengenai e-mel anda, fail-fail, muzik, gambar-gambar, chat, Gmail, laman-laman web yang anda telah lihat , dan banyak lagi. Google Desktop meletakkan maklumat anda dengan mudah dalam jangkauan anda dan membebaskan anda dari  mengelolakan fail-fail, e-mel dan penanda buku anda secara manual. 
Google Desktop
 Google Desktop juga membantu anda untuk mengumpul maklumat terbaru baru dari web ini dan hanya perlu mengorganisasikannya dengan gajet-gajet di sidebar. Google Gadgets boleh ditempatkan di mana saja pada skrin komputer anda yang akan memberitahu anda mengenai e-mel baru, cuaca, gambar-gambar, berita-berita dan banyak lagi. Sidebar ialah satu bar tegak pada komputer meja anda yang digunakan untuk meletakkan gajet-gajet pilihan anda.

Google Desktop Gadgets
Pengguna boleh menambah dan membuang gajet-gajet dalam Google Sidebar ini. Untuk menambahkan gajet sedia ada...anda hanya perlu klik pada simbol tambah yang terletak di atas bar menegak tadi (rujuk gambar). Sesudah itu...tetingkap pelbagai jenis gajet mengikut kategori-kategori tertentu akan muncul. Apabila anda halakan anak panah tetikus anda ke sesuatu gajet tadi akan timbul satu butang download. Klik dan tunggu sebentar...gajet tadi akan keluar di desktp anda. Untuk membuang gajet yang tidak diperlukan...hanya halakan pointer tetikus  anda ke arah gajet dan tekan butang pangkah (X).
Google Desktop dengan custom gajet yang telah aku pasang.
Maklumat lanjut mengenai perisian ini boleh lihat di http://desktop.google.com/features.html dan untuk memuat turun perisian ini secara percuma boleh klik di http://desktop.google.com. Google Desktop ini bersesuaian dengan OS Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Isnin, 22 November 2010

Salt Water Crocodile Nest - Sarang Buaya Tanjung Langsat

0 comments


Tempat yang aku kunjungi pada hari Ahad lepas. Tarikan baru yang menempatkan buaya-buaya air masin atau buaya tembaga. Sangkar yang dibina berkonsepkan habitat sebenar haiwan pra sejarah ini terletak di hutan paya bakau Tanjung Langsat.

Konvoi bersama member-member Citra Club

Anak-anakku bergambar di hadapan patung buaya di pintu masuk sangkar
Sekitar Kawasan Dalam Sangkar

Pintu masuk dan pintu keluar






Khamis, 18 November 2010

Back To The Future Part II

0 comments

Back To The Future Part II - 22 November 1989 (USA)
Sambungan di mana filem Back To The Future berakhir, Marty McFly and Dr Emmett "Doc" Brown menggunakan mesin masa DeLorean merentasi perjalanan ke tahun 2015. Semasa di sana, Biff Tannen mencuri Delorean. Lepas tu apa jadi....lebih baik tonton sendiri.



Rabu, 17 November 2010

Back To The Future (1985)

0 comments

Back To The Future (1985)
Filem lama arahan Robert Zemeckis dan lakonan hebat Michael J. Fox yang dimulakan tayangannya pada 3 July 1985 di USA. Mungkin ramai yang dah tengok, dan aku berpeluang untuk download filem ni dan ulang tengok semula...mengimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu...filem paling hebat yang aku rasakan ketika zaman kanak-kanak ku...



Selasa, 16 November 2010

Nak Tengok Rakan Panik Bila CD Drive Terbuka Berulang Kali...?

0 comments

 
Nak Tengok Rakan Panik Bila CD Drive Terbuka Berulang Kali...? Anda boleh ikut skrip vbs di bawah...

Langkah 1- Copy semua script di bawah ke dalam notepad
   
   Set oWMP = CreateObject("WMPlayer.OCX.7")
   Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection
   do
   if colCDROMs.Count >= 1 then
   For i = 0 to colCDROMs.Count -1
   colCDROMs.Item(i).Eject
   Next
   For i = 0 to colCDROMs.Count -1
   colCDROMs.Item(i).Eject
   Next
   End If
   wscript.sleep 5000
   loop

Langkah 2- Klik File ---> Save as dalam format (.vbs). Contohnya DVD.vbs dan simpan di lokasi yang senang nak cari contohnya dalam My Documents.
 
Untuk aktifkan skrip tersebut...double klik pada skrip tersebut dan anda akan lihat CD Drive komputer akan terbuka berulang kali. Cara untuk hentikan CD Drive tersebut terbuka berulang kali ialah anda hanya perlu tekan CTRL + ALT + DELETE pada keyboard anda. Dalam Task Manager cari “wscript.exe” > dan klik End Process.
 

Selamat mencuba....





Isnin, 15 November 2010

Raya Haji...Raya Korban...Selamat Hari Raya...!!!!

0 comments

Ada yang sebut Hari Raya Haji...ada juga yang sebut Hari Raya Korban...dan juga ada yang sebut Idul Adha...Aidil Adha...maksud yang berbeza namun tetap diraikan pada tarikh yang sama iaitu 10 Zulhijjah setiap tahun kalendar Islam...seperti sebelumnya aku dah sinonim dengan suasana di kampung dulu...Raya Korban ni tidaklah disambut dengan meriah jika nak dibandingkan dengan Raya Puasa. Dan akupun tidaklah "kalut" sangat nak balik kampung sebab Raya Korban tahun ni cuma dapat cuti 2 hari je...jadi dengan perjalanan sejauh 480 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk aku sampai ke kampung halamanku...aku rasa tak berbaloi kalau aku balik. Jadi...aku buat keputusan...beraya je lah di sini bersama-sama dengan penduduk kampung perantauan aku ni...Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger!!!!

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top