Rabu, 30 Disember 2009

2010 Menjelang Tiba...

1 comments



2009 yang penuh dengan kenangan pahit dan manisku bakal melabuhkan tirainya. 2010 pula bakal menjadi penyambung cerita. Azam aku tahun 2010...?. Ntah aku sebenarnya tiada azam khusus tiap-tiap tahun...azam aku sama saja setiap tahun...ingin terus menjadi manusia biasa yang berjaya,cemerlang dan terus di sukai oleh rakan-rakan ku.

"Selamat Tahun Baru 2010 Kepada Semua Rakan-Rakan Bloger...Semoga Di Tahun 2010 Nanti Akan Lebih Cemerlang..."

Aku baru update template blog ni...tak habis lagi nak tambah apa-apa gadget yang sesuai...

Rabu, 9 Disember 2009

1 comments

Kita hanya manusia biasa...
Iman kita tidak setebal Al-Qur'an...
Adakala kita tersesat...
Adakala kita terleka...
Adakala kita terlupa...
Kita lupa akan niat sebenar kita...
Namun apabila kita tersedar...
Kembalilah...kembalilah ke jalan benar yang pernah kita lalui...
Sementara kita masih diberi peluang...
Sementara kita masih berpeluang mengekori setiap detik yang ada...
Masa tidak akan menunggu kita...pastinya akan terus meninggalkan kita...


Cahaya Aneh Muncul di Norway

0 comments

GAMBAR di atas menunjukkan cahaya aneh yang muncul di ruang angkasa wilayah Trondelag, Norway semalam.

OSLO - Satu cahaya misteri seperti lingkaran ubat nyamuk muncul di utara Norway menyebabkan ribuan penduduk di situ kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.

Saksi-saksi dari wilayah Trondelag sehingga ke Finnmark mendakwa, fenomena itu bermula dengan kemunculan satu cahaya biru meluncur naik dari sebalik sebuah bukit.

Ia kemudian berhenti di tengah udara dan mula melingkar dengan membentuk satu pusaran gergasi meliputi keseluruhan langit sebelum hilang semalam.

Institut Meteorologi Norway dihujani panggilan telefon namun pakar astronomi berkata, cahaya itu tiada kaitan dengan fenomena yang biasa dilihat.

Menara Kawalan Trafik Udara di Tromso, 1,150 kilometer dari sini mendakwa, cahaya aneh itu berakhir dalam masa dua minit dan amat sukar untuk dianggap sebagai fenomena astronomi.

Seorang saksi, Totto Eriksen di Tromso berkata, dia melihat cahaya itu semasa membawa anaknya ke sekolah dan menganggap fenomena tersebut amat menakjubkan. - Agensi






Video yang menunjukkan putaran cahaya biru tersebut.....


My Live Signature...

0 comments

Aku rasa ramai yang dah tahu pasal perkara ni. Aku baru je tahu. itupun sebab aku ada terbaca dalam satu forum yang aku join. Agak ketinggalan zaman gak aku ni...apapun tak kiralah ketinggalan zaman ke zaman tinggal aku ke...tapi aku rasa masih ramai juga yang tak tahu...(mungkin). Sesiapa yang nak mencuba boleh layari website ni http://www.mylivesignature.com/. Nanti akan keluar muka depan website tu macam gambar di atas tu. Apa yang perlu anda buat, klik pada Don't To Want Register ---> Proceed. Lepas tu terus je ikut arahan yang di berikan sehingga anda akan lihat hasilnya. Bila dah sampai final steps tu. klik kanan pada signature yang korang buat tadi dan amek save as. Simpanlah dalam pc korang. Pastikan format image tu png. Jangan ubah-ubah format tu. Lihat signature aku kat bawah...korang bleh letak kat website atau blog korang sendiri....



~Selamat Mencuba!~






Khamis, 3 Disember 2009

Secebis Kenangan Di Genting Highland dan Bukit Tinggi

0 comments

Panorama di Bukit Tinggi
Secebis kenangan....gambar pemandangan yang sempat aku rakamkan ketika aku berkunjung ke Genting Highlandsedikit masa lalu....
Panorama awal pagi di Genting Highland dan Bukit Tinggi

Damai Saujana Mata Memandang...

0 comments

Gambar ni aku ambil semasa aku balik kampung semasa raya haji baru-baru ni. Gambar semasa awan hitam berarak. Saja ambil gambar sawah padi ni dan tepek kat sini. Bukan ada cerita menarik pun. Actually, aku memang gemar ambil gambar. Cuma tak de modal lagi nak beli kamera yang sesuai.

Gambar atas ni aku ambil di hadapan rumah aku di kampung. Terigat masa zaman kanak-kanak dulu...parit (ada orang sebut tali air) depan rumah ni dah jadi seperti swimming pool aku dengan kawan-kawan. Dari aku tak tahu berenang...sehingga aku boleh berenang. Tapi itu dulu...sekarang air parit ni dah banyak tercemar dengan bahan kimia seperti racun...baja kimia...kalau dulu memang tak tercemar. Tenang rasa bila melihat kejauhan pemandangan ni....

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top