Isnin, 23 November 2009

Cerita Lama...Lama Tak 'Update"...

0 comments

Cerita lama...dah lama tak 'update' blog ni. Dari penghujung bulan Oktober lepas sehinggalah ke hari terakhir sesi persekolahan 2009 pun masih sibuk dengan pelbagai program. Tambah pulak tahun ni untuk Majlis Hari Anugerah, aku di lantik sebagai S/U merangkap 'Penyelaras'...geram betul pada 'Penyelaras' yang dilantik...
Ok...cerita pasal hari anugerah tu nanti aku pos lain...gambar kat atas ni adalah serba sedikit dari gambar kenangan gotong-royong penduduk kuarters guru membuat dan membina saliran paip kumbahan najis yang baru. Kami dah tak tahan dengan air najis yang melimpah keluar melalui lubang tandas dalam rumah yang disebabkan oleh saluran pembuangan najis tersumbat. Hari-hari masuk dalam rumah cium bau najis...laporan dah berkali-kali hantar...tindakan langsung tak ada. Kekadang terfikir gak...tiap-tiap bulan elaun rumah sebanyak RM180 ditolak...tapi mana perginya duit tu untuk selenggara kuarters yang kami tinggal ni. RM180 tu baru elaun aku...elaun penduduk lain dalam kuarters ni...?. Jadi...ibarat menunggu buah yang tak jatuh, seperti menanti kucing bertanduk...kami melalui penghulu kuarters telah bersepakat untuk membuat 'collection' untuk membiayai projek membina saliran paip najis yang baru dengan gotong-royong.
Dan.Alhamdulillah...semuanya telah berjalan lancar dan selesai. Sekarang,tiada lagi masalah air najis melimpah dalam tandas. Aku harap...pihak-pihak yang berkenaan yang membaca coretan ini...fikir-fikirkanlah nasib kami yang mendiami kuarters ni. Kalau ada laporan tentang kerosakan kuarters yang SEGERA tu...berilah jawapan SEGERA samada boleh dibuat dengan peruntukan atau tidak boleh dibuat sebab tiada peruntukan. Janganlah sekadar terima surat,baca dan letak pada 'tray' KIV sahaja tanpa sebarang jawapan dan tindakan. Geram gak ni...

Isnin, 2 November 2009

Pelajar Ajuk Cara ‘Bersolat Jemaah’ Dalam Gereja

3 comments


Keratan akhbar dari Harian Metro bertarikh 02 November 2009 ( Isnin ).

Berita berkisar tentang lapan remaja termasuk dua perempuan yang berusia 12 hingga 15 tahun dari Serawak yang meniru 'solat jemaah' dalam sebuah gereja. Video rakaman selama 13 saat itu memaparkan bagaimana empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam. Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan oleh rakan yang lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

Di atas adalah antara petikan dari berita dalam akhbar terbabit. Aku cuba cari video tersebut dalam laman youtube, tapi video tersebut telah tiada. Berkemungkinan telah di padam oleh pemiliknya. Apapun, bagi aku, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh kumpulan pelajar berkenaan memandangkan usia mereka masih muda dan ada yang masih bersekolah rendah, yang mana aku anggap mereka ini masih tidak atau belum memahami antara gurauan atau sendaan terhadap agama lain. Sungguh membimbangkan sekiranya remaja-remaja ini tidak di perbetulkan akhlaknya...ditakuti kelak, remaja inilah yang akan menghancurkan keharmonian agama di negara kita ini. Dan juga bagi aku, perkara ini adalah di luar jangkaan kita sebagai seorang guru di mana dalam usia sebegini, pelajar ini sudah berani melakonkan watak 'sensitif' begini. Tidak dinafikan juga mungkin pelajar ini terpegaruh dengan laman-laman video barat dari internet yang mana ada anak-anak muda dari barat juga berani mempersendakan ISLAM.

Aku sebagai seorang guru, terbit juga rasa marah dan terguris apabila membaca berita ini tadi. Balik sekolah siang tadi, aku terus singgah ke kedai makan. Sementara aku menunggu order, aku pun bacalah Harian Metro ni sehinggalah aku terbaca berita ini. Balik dari makan, aku terus cari dari internet tentang berita ini dan aku 'tepek' kan di sini sebagai tatapan dan pengajaran bagi semua guru dan juga sesiapa yang membacanya bahawa sesungguhnya anak-anak didik kita sekarang ini telah berani beberapa langkah di hadapan kita dengan melakukan perkara yang tidak kita sangkakan. Kepada guru-guru dan juga sesiapa sahaja yang membaca petikan ini, pesanlah kepada anak-anak murid, anak-anak,saudara-mara atau sesiapa sahaja yang kita kenal,janganlah sesekali cuba mempersenda agama orang lain kerana ALLAH juga melarang kita dari menghina dan mencerca agama lain.

~Semoga ALLAH membuka pintu hati pelajar-pelajar ini tentang kemuliaan ISLAM...AMIN~

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top