Ahad, 21 Mac 2010

Sesi Teh Tarik Bersama Citra Club Johor

0 comments

Semalam (Sabtu 20 Mac 2010) selepas tamat kelas di OUM Johor Bahru, aku berkesempatan menghadiri sesi teh tari bersama dengan member-member Citra Club Johor. Inilah kali pertama aku dapat menghadirkan diri dan berkenalan dengan Citra Club Johor, setelah beberapa kali dipelawa. Sebelum ni aku hanya 'join' Citra Club Negeri Sembilan sahaja. Sesi teh tarik ini membincangkan tarikh AGM CCM Johor akan datang.

Rabu, 17 Mac 2010

Hujan Turunlah...

2 comments



Sejak dari raya cina lepas...sedikit dugaan telah ALLAH berikan kepada penduduk Malaysia ni terutamanya penduduk di sekitar Kluang dan juga masyarakat di sekeliling kampung aku tinggal ni. AIR...itulah perkataan keramat yang diungkapkan sejak 7 hari lalu di mana sejak hari Khamis (11hb Mac) minggu lepas,bekalan air telah mula dicatu...sehinggalah pada tengah hari Jumaat (12hb Mac) bekalan air kembali pulih tapi hanya untuk bekalan umat Islam menunaikan solat Jumaat...lepas tu bekalan air mula dicatu sehinggalah petang semalam...Selasa (16hb Mac) dan hari ini Rabu (17hb Mac) bekalan air kembali pulih seperti sediakala. Selama beberapa hari tiada bekalan air...memang betul-betul perit. Minum...memang tak ada masalah sebab boleh beli air tapis (walaupun mahal,tapi terpaksa)...masalah hanyalah untuk mandi, basuh baju dan lebih seksa bila buang air...

Gambar di atas aku rakamkan pada pagi Selasa (16hb Mac)...hari tersebut memang dah terdesak sangat. Air kat rumah dah kering kontang. Jadi aku bawalah anak bini aku pergi mandi di tali air di kampung ni...anak-anak aku bukan main suka...mandi sungai katanya. Bini aku...inilah kali pertama seumur hidupnya membasuh baju@pakaian di tali air. Sambil tu, aku isilah tong-tong air yang aku ada sebagai bekalan di rumah. Teringat zaman aku budak-budak dulu kat kampung...macam ni lah keadaannya.

Alhamdulillah...tengah hari tu, lori SAJ sampai untuk hantar bekalan air. Dapatlah air untuk minum dan mandi. Semua penghuni kuarters guru ni mengeluarkan segala jenis bekas yang boleh menakung air termasuk kawan aku ni yang menggunakan laci almari (plastik)...tak kisah...janji boleh takung air!.

Petang tu pula, ALLAH beri lagi nikmat. Bekalan air kembali pulih seperti sedia kala sehinggalah hari ini. Esok tak tahu lagi macamana....hujan turunlah....



Sabtu, 13 Mac 2010

Mengubah Icon Blogger Di Address Bar

0 comments




Logo B di sebelah sudah tidak asing lagi bagi pengguna internet yang mempunyai blog dari blogspot. Seringkali apabila kita melayari sesebuah blog dari blogspot, logo B tersebut akan keluar di sebelah kiri address bar seperti di bawah.


Mungkin ramai pengguna telah mengetahui bahawa logo B tersebut sebenarnya boleh digantikan dengan sebarang logo yang kita kehendaki dan apa yang dipaparkan di sini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Namun bagi pengguna yang tidak tahu, ini adalah suatu ilmu baru yang sangat berguna.

Sebagai contoh, lihat gambar di bawah, saya telah menggantikan logo B dengan logo wajah saya. Perhatikan perbezaan di sebelah kiri address bar gambar di atas dengan gambar di bawah.


Bagaimana untuk menukar logo tersebut...?. Bagi pengguna yang dah "pakar" dengan blogspot ni...ilmu ini 'kacang' saja. Namun, sebagai panduan kepada pengguna yang 'nubis'...cara yang akan saya terangkan nanti boleh dijadikan sebagai panduan.

Pertama sekali sebelum memulakan menukar logo standard B tersebut, pengguna mestilah mencari atau mengenal pasti gambar yang di kehendaki. Sebagai contoh, saya telah memilih logo sekolah saya sebagai ganti kepada logo standard. Kemudian, gambar tersebut harus di ubah formatnya kepada format *.ico (icon) kerana logo pada address bar hanya menyokong imej dalam format ikon sahaja dengan saiz yang kecil. Untuk mengubah format imej supaya menjadi ikon amat mudah. Pengguna boleh melakukannya secara 'online' dengan melayari web Favicon Generator ini. Pengguna hanya perlu mengikuti setiap arahan yang diberikan dalam laman tersebut dengan betul.

Kedua - Setelah berjaya menukar imej ke format ikon,pengguna hanya perlu 'uploadkan' ikon tersebut mana-mana laman yang menawarkan khidmat penyimpanan dan perkongsian imej seperti photobucket, fileden dan sebagainya. Setelah itu, 'login' ke akaun blog anda dan pergi ke Layout dan klik pada Edit HTML.

Ketiga- Dalam kod html tersebut, cuba cari kod di bawah ini...

Kemudian di tengah-tengah antara dua kod yang di highlight kan tersebut, masukkan kod ini

Gantikan perkataan Masukkan URL image di sini dengan url imej anda tadi dan letakkan kod tersebut di antara kod di atas seperti di bawah



Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

~Selamat Mencuba~

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top