Rabu, 17 Mac 2010

Hujan Turunlah...




Sejak dari raya cina lepas...sedikit dugaan telah ALLAH berikan kepada penduduk Malaysia ni terutamanya penduduk di sekitar Kluang dan juga masyarakat di sekeliling kampung aku tinggal ni. AIR...itulah perkataan keramat yang diungkapkan sejak 7 hari lalu di mana sejak hari Khamis (11hb Mac) minggu lepas,bekalan air telah mula dicatu...sehinggalah pada tengah hari Jumaat (12hb Mac) bekalan air kembali pulih tapi hanya untuk bekalan umat Islam menunaikan solat Jumaat...lepas tu bekalan air mula dicatu sehinggalah petang semalam...Selasa (16hb Mac) dan hari ini Rabu (17hb Mac) bekalan air kembali pulih seperti sediakala. Selama beberapa hari tiada bekalan air...memang betul-betul perit. Minum...memang tak ada masalah sebab boleh beli air tapis (walaupun mahal,tapi terpaksa)...masalah hanyalah untuk mandi, basuh baju dan lebih seksa bila buang air...

Gambar di atas aku rakamkan pada pagi Selasa (16hb Mac)...hari tersebut memang dah terdesak sangat. Air kat rumah dah kering kontang. Jadi aku bawalah anak bini aku pergi mandi di tali air di kampung ni...anak-anak aku bukan main suka...mandi sungai katanya. Bini aku...inilah kali pertama seumur hidupnya membasuh baju@pakaian di tali air. Sambil tu, aku isilah tong-tong air yang aku ada sebagai bekalan di rumah. Teringat zaman aku budak-budak dulu kat kampung...macam ni lah keadaannya.

Alhamdulillah...tengah hari tu, lori SAJ sampai untuk hantar bekalan air. Dapatlah air untuk minum dan mandi. Semua penghuni kuarters guru ni mengeluarkan segala jenis bekas yang boleh menakung air termasuk kawan aku ni yang menggunakan laci almari (plastik)...tak kisah...janji boleh takung air!.

Petang tu pula, ALLAH beri lagi nikmat. Bekalan air kembali pulih seperti sedia kala sehinggalah hari ini. Esok tak tahu lagi macamana....hujan turunlah....



2 comments:

~ CeguLinn~ berkata...

Pengalaman beharga untuk org rumah cikgu ....kali pertama membasuh pakaian di sungai...Semoga hujan akan turun di sana dalam masa terdekat nie ...

Cikgu Selamat berkata...

Terima kasih...alhamdulillah sehingga hari ini,bekalan air telah kembali pulih seperti sediakala...hujan pun sudah mulai turun walaupun tidak hari-hari...

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top