Rabu, 6 April 2011

Panggilan telefon bimbit pertama 38 tahun lalu

0 comments

MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum melihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.

Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.

Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka.
Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592). - Agensi

Sumber

Isnin, 4 April 2011

My New Born Baby Girl...NUR AINA NADHIRA...

0 comments

Nur Aina Nadhira

Tanggal 26 March 2011...jam 9.13 malam...lahirlah anakku yang ketiga seberat 3.7kg. Punyalah susah ibunya nak keluarkan baby ni...Alhamdulillah...semuanya selamat. Anak ketiga ku ini telah didaftarkan dengan nama NUR AINA NADHIRA. Semoga ALLAH terus merahmati keluargaku dengan segala kesempurnaan dan kebahagiaan...Amin.

Science Year 5 : Seed Dispersal

0 comments

Science Year 5 : Seed Dispersal
Begitu lama tak masuk entri-entri baru. Terlalu sibuk dengan pelbagai kerja. Ok...entri terbaru mengenai Apa Yang Aku Ajar...Science Year 5 yang bertajuk Seed Dispersal. Murid begitu teruja dengan pelbagai aktiviti yang aku buat. Dimulakan dengan tayangan video selama lebih kurang 9 minit sebagai induksi.
 
Selepas itu di sambung dengan pengisian mengenai penyebaran biji benih. Akhir sekali...murid menjalankan aktiviti membuat Helicopter Seed dengan kertas.
 

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top