Jumaat, 26 November 2010

Google Desktop - Info When You Want It, Right On Your Desktop


Apakah Google Desktop....?
Google Desktop menjadikan pencarian komputer anda semudah mencari sesebuah laman web dengan Google. Google Desktop merupakan aplikasi carian komputer yang menyediakan pencarian teks penuh mengenai e-mel anda, fail-fail, muzik, gambar-gambar, chat, Gmail, laman-laman web yang anda telah lihat , dan banyak lagi. Google Desktop meletakkan maklumat anda dengan mudah dalam jangkauan anda dan membebaskan anda dari  mengelolakan fail-fail, e-mel dan penanda buku anda secara manual. 
Google Desktop
 Google Desktop juga membantu anda untuk mengumpul maklumat terbaru baru dari web ini dan hanya perlu mengorganisasikannya dengan gajet-gajet di sidebar. Google Gadgets boleh ditempatkan di mana saja pada skrin komputer anda yang akan memberitahu anda mengenai e-mel baru, cuaca, gambar-gambar, berita-berita dan banyak lagi. Sidebar ialah satu bar tegak pada komputer meja anda yang digunakan untuk meletakkan gajet-gajet pilihan anda.

Google Desktop Gadgets
Pengguna boleh menambah dan membuang gajet-gajet dalam Google Sidebar ini. Untuk menambahkan gajet sedia ada...anda hanya perlu klik pada simbol tambah yang terletak di atas bar menegak tadi (rujuk gambar). Sesudah itu...tetingkap pelbagai jenis gajet mengikut kategori-kategori tertentu akan muncul. Apabila anda halakan anak panah tetikus anda ke sesuatu gajet tadi akan timbul satu butang download. Klik dan tunggu sebentar...gajet tadi akan keluar di desktp anda. Untuk membuang gajet yang tidak diperlukan...hanya halakan pointer tetikus  anda ke arah gajet dan tekan butang pangkah (X).
Google Desktop dengan custom gajet yang telah aku pasang.
Maklumat lanjut mengenai perisian ini boleh lihat di http://desktop.google.com/features.html dan untuk memuat turun perisian ini secara percuma boleh klik di http://desktop.google.com. Google Desktop ini bersesuaian dengan OS Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top