Isnin, 7 September 2009

Teknik Simulasi Putaran Bumi









Untuk pengajaran aku kali ini...Unit 11 yang berkaitan dengan Bulan,Bumi dan Matahari. Untuk pembelajaran yang pertama lebih menekankan pembelajaran mengenai putaran dan pergerakkan Bumi pada paksi dan orbitnya yang mana kesannya akan melibatkan perubahan pada panjang bayang-bayang pada waktu pagi,tengah hari dan petang juga melibatkan kejadian siang dan malam. Untuk memaksimumkan pemahaman murid aku dalam topik ini,aku hanya menjalankan satu simulasi tentang putaran Bumi pada paksinya yang mana kesannya menyebabkan panjang bayang-bayang berubah. Dengan tu,aku gunakan simulasi di mana glob sebagai bumi dan LCD Projektor sebagai cahaya Matahari dan juga lidi sebagai tiang. Selain itu,aku juga gunakan beberapa video yang aku muat turun dari laman Youtube sebagai bahan sokongan. Hasil pembelajaran dan latihan yang aku beri...aku lihat dari 30 orang murid,20 orang dapat menyatakan dengan betul arah putaran Bumi dan mengapa panjang bayang-bayang berubah. 10 orang lagi dapat menyatakan dengan betul salah satu dari soalan aku tadi. Bagi aku...bukannya susah nak bagi murid faham sesuatu konsep dalam sains ini,dengan syarat kita gunakan bahan maujud sebagai gambaran kepada objek dan kejadian sebenar.

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top