Selasa, 29 September 2009

Biji Teratai...Pernah Makan...?



Teratai...atau nama saintifiknya ialah Nelumbo nucifera juga disebut Lotus dalam Bahasa Inggeris. Juga di kenali dengan pelbagai nama lain seperti Indian lotus, sacred lotus dan bean of India. Tumbuhan akuatik ini sering tersalah sangka oleh kebanyakkan orang yang menganggap ianya adalah bunga telipuk atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Water Lily atau dalam saintifiknya disebut Nymphaeaceae. Kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza.

Perbezaan antara dua jenis tumbuhan ini ialah, teratai yang mana bunganya akan berada tinggi dari permukaan air manakala telipuk, bunganya berada di atas permukaan air.

Ok...bercerita tentang bunga teratai ni,aku berkesempatan makan buah teratai masa aku balik raya di kampung baru-baru ini. Pada sesiapa yang tak pernah nampak buah teratai,aku sertakan sekali gambarnya. Setiap pudung buah teratai mengandungi tidak kurang dari 30 iji teratai bergantung kepada saiz pudung. Makin besar pudung,makin banyak biji nya. Lama dah aku tak makan biji teratai ni. Teringat masa aku kecil-kecil dulu. Setiap hari,selepas tamat sekolah petang (sekolah agama),dalam perjalanan balik ke rumah,aku mesti berhenti di tepi parit bersama kawan-kawan aku untuk memetik buah teratai ni. Kekadang tu sampai penuh raga basikal dengan buah ni. Kami petik sama-sama,dah banyak,barulah kami bahagikan sama rata.

Berkenaan rasa biji teratai ni pula...rasanya manis. Itupun jika makan biji teratai yang sedang ranum. Kalau makan biji teratai yang masih muda...rasanya sedikit kelat. Kalau makan biji teratai yang tua pula...rasanya sedikit pahit. Seperti gambar di bawah...adalah contoh biji teratai yang ranum. Rasanya manis.



Bila aku makan biji teratai ni...terkenang kembali semasa zaman aku kanak-kanak dulu. Seronok petik buah teratai ni dengan kawan-kawan. Kekadang tu sampai bergaduh sebab berebut semasa memetik. Pernah juga kawan ku tergelincir masuk dalam parit gara-gara memetik buah teratai ni. Habis basah kuyup baju sekolah dengan air parit. Bila aku beri pada bini aku dan anak-anak aku...soalan yang di tanya kepada aku...buah ni tak beracun ke...?. Nak tergelak aku dengar. kalau beracun...dah lama aku mati sebab makan buah ni. Anak aku yang sulung...bila dah sekali rasa...terus suka makan buah ni sampai mengajak aku memetik buah ni lagi. Anak aku yang bongsu pulak...tak suka sebab bila nak makan isi biji teratai ni,kita kena gigit biji tu...bila gigit terasalah sedikit kelat getahnya. Aku rasa...ramai kanak-kanak zaman sekarang ni yang tak tahu bahawa biji teratai ni boleh di makan. Malah masih ramai juga yang tersalah anggap bahawa teratai ni adalah bunga telipuk...contoh paling dekat ialah bini aku sendiri. Dia ingat teratai ni hanya ada di luar negara....

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top