Ahad, 11 Julai 2010

MSL-Selangor vs Kelantan


Kesempatan pulang ke kampung minggu lepas memberi peluang kepada aku untuk ke Stadium Shah Alam untuk melihat perlawanan secara 'live' antara Selangor dan Kelantan selepas lebih 13 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke stadium tersebut. Jika 13 tahun dulu semasa aku bekerja di Shah Alam...memang tiap kali ada perlawanan aku tidak akan ketinggalan untuk ke stadium...kira penyokong fanatik juga lah ni.
Walaupun berlaku sedikit kekecohan antara penyokong Selangor dan Kelantan...namun sedikit pun tidak menganggu persembahan antara kedua-dua pasukan. Dari apa yang aku lihat dan dapat simpulkan...persembahan Selangor kurang memuaskan tidak seperti ketika mereka membenam N. Sembilan 4-2 dulu dan juga beberapa persembahan mereka yang lain. Mungkin akibat cuti yang panjang agaknya. Keputusan berkesudahan dengan jaringan 1-1.
Apapun...aku juga turut gembira kerana dapat memberikan sokongan secara 'live' kepada pasukan kesayangan aku selepas 12 tahun tidak menonton aksi mereka secara 'live'.

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top