Khamis, 8 Julai 2010

Changing States Of Matter


Dah lama tak pos entri dalam blog ni. Kesibukan dan kemalasan tahap gaban yang melanda....
Entri kali ini saja nak share P&P yang telah aku jalankan dalam subjek Sains tahun 5 iaitu perubahan keadaan bahan (changing States Of Matter) yang mana dalam P&P kali ini murid akan menajalankan eksperimen untuk melihat perubahan keadaan bahan seperti pengewapan, kondensasi, peleburan dan pendidihan.
Dalam eksperimen ini murid diberi panduan untuk mengenal pasti perubahan-perubahan keadaan bahan yang berlaku seperti ;
  1. pengewapan - perubahan di mana cecair menjadi gas
  2. kondensasi - perubahan di mana gas menjadi cecair
  3. pendidihan - proses pemanasan cecair
  4. peleburan - perubahan di mana pepejal menjadi  cecair

Di akhir pembelajaran ini murid seharusnya dapat menjelaskan proses perubahan bahan yang berlaku semasa dan selepas eksperimen.

Seperti biasa...setiap P&P yang melibatkan aktiviti akan cepat meransang keinginan murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan akan menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan.

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top