Sabtu, 9 Januari 2010

Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats



Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats
(Open Office 2007 Files with office 2003)

Post ni mungkin sudah terlambat dan mungkin juga ramai yang tahu bagaimana nak buka fail-fail Office 2007 pada Office 2003 tanpa perlu membuat proses instali semula. Tapi tidak kurang juga yang masih belum mengetahui terutama kepada mereka yang masih belum terdedah kepada Office 2007. Kebanyakkan komputer baru terutama yang di bekalkan ke sekolah telah siap di 'install' dengan Microsoft office 2007. Kakitangan sekolah atau guru-guru yang menggunakan aplikasi Office 2007 ini akan sedikit keliru dengan perubahan susunan menu dalam aplikasi Office 2007 terutama dalam aplikasi yang sering digunakan seperti Word, Excel, PowerPoint, Publisher dan Excess. Kebanyakkan pengguna juga, seperti kebiasaan, untuk menyimpan fail-fail yang telah siap akan 'Save As' fail tersebut ke dalam folder yang dipilih. Kemudian, apabila fail itu ingin dibuka dengan komputer lain yang menggunakan Office 2003...fail tersebut gagal dibuka. Mengapa perkara ini berlaku...? Jawapannya ialah, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.

Penyelesaian bagi masalah ini, pengguna boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 dengan menggunakan samada Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Penggna juga bebas mengubahsuai serta 'save' tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007.

Pengguna boleh 'download' Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats melalui salah satu link di bawah;
Microsoft Official Website 1
Microsoft Official Website 2
Mirror
*** Sila baca arahan sebelum anda mula memuat turun.

Penyelesaian lain yang paling mudah ialah, apabila anda sedang menggunakan sebarang aplikasi Office 2007, semasa anda ingin menyimpan fail tersebut dengan menggunakan arahan 'Save As', pastikan anda memilih format 97-2003 Document. Sila rujuk gambar di bawah.
Gambar di atas adalah screenshot dari aplikasi Word yang boleh menjadi panduan untuk aplikasi yang lain seperti Excel, PowerPoin, Publisher, Excess dan aplikasi Office 2007 yang lain. Selepas itu, pengguna tidak akan menghadapi masalah lagi untuk membuka Office 2007 dokumen menggunakan Office 2003 ke bawah.

~Sharing To Caring~
~Selamat Berjaya~

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top