Jumaat, 19 Februari 2010

Dataran Seremban....



Sempena cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ni, aku berkesempatan pulang ke kampung mertuaku di Rantau Negeri Sembilan. Kebetulan adik ipar aku dari Perlis juga pulang ke kampung, jadi aku bersama biras aku menunggunya di Terminal One Seremban. Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran dengan Terminal One...terpegun kejap aku melihat keindahan gemerlapan lampu-lampu neon di sebuah dataran...dah lama aku tak keluar ke Seremban waktu malam...rupa-rupanya dah ada taman riadah ala-ala Dataran Merdeka yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban ni....so akupun singgahlah kat dataran ni sementara menunggu bas yang adik ipar aku naik sampai.
Sambil-sambil tu aku snap lah beberapa keping gambar sebagai kenangan....cuma terdapat beberapa aktiviti dan perbuatan pengunjung dataran ini yang boleh mencemarkan keindahan dataran ini. Dataran ini di bina khusus untuk pengunjung berjalan kaki...namun terdapat segelintir pengunjung yang bermotor...layak ke aku panggil "Mat Rempit?"...ntahlah....dalam kumpulan seramai 5 orang dan lebih dengan selambanya menunggang motor masuk dalam kawasan siar kaki dataran ini...berputar-putar tanpa arah...dengan deruman bunyi motor yang bingit bukan sahaja menganggu aku...malah juga pengunjung lain...

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top