| Science Year 5 : Seed Dispersal | |||||||||
Begitu lama tak masuk entri-entri baru. Terlalu sibuk dengan pelbagai kerja. Ok...entri terbaru mengenai Apa Yang Aku Ajar...Science Year 5 yang bertajuk Seed Dispersal. Murid begitu teruja dengan pelbagai aktiviti yang aku buat. Dimulakan dengan tayangan video selama lebih kurang 9 minit sebagai induksi. | |||||||||
| Selepas itu di sambung dengan pengisian mengenai penyebaran biji benih. Akhir sekali...murid menjalankan aktiviti membuat Helicopter Seed dengan kertas. | |||||||||
Isnin, 4 April 2011
Science Year 5 : Seed Dispersal
0 comments Isnin, April 04, 2011 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Rabu, 25 Ogos 2010
PELITA BULUH
0 comments Rabu, Ogos 25, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Aktiviti Pengakap pada hari Ko-Ko Rabu lepas...teringat zaman aku budak-budak kat kampung dulu...nak pasang pelita...tapi tak mampu nak beli pelita...(tak ada duit). Pelita yang ada dalamrumahpun hanya cukup-cukup untuk menerangi dalam rumah...kalau aku ambil letak kat luar rumah....apa akan jadi dalam rumah...? Sah-sah aku kena pelangkung nanti....
Nak lihat album penuh....klik sini
Khamis, 8 Julai 2010
Changing States Of Matter
0 comments Khamis, Julai 08, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
- pengewapan - perubahan di mana cecair menjadi gas
- kondensasi - perubahan di mana gas menjadi cecair
- pendidihan - proses pemanasan cecair
- peleburan - perubahan di mana pepejal menjadi cecair
Ahad, 31 Januari 2010
The Magic Of Yeast
1 comments Ahad, Januari 31, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
THEME : Investigating Living Things
L.A : 1.0- MICROORGANISMS
L.O : 1.1- Understanding That Microorganism Is A Living
Thing
L.O/C : At The End Of The Lesson, Pupils Will Be Able To
Microorganism.
STRATEGY :
Set Induction :
1. Ingredients to make bread.
ACTIVITY :
1. Pupils discuss that yeast is a fungi, an example of microorganism.
2. Discuss how to make dough.
3. Observation the dough after 20 minutes.
SUMMARIES :
Conclusion that yeast is an example of microorganism.
SPS :
Observing, Communication
Jumaat, 9 Oktober 2009
Strength and Stability - Knowing The Shapes
0 comments Jumaat, Oktober 09, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Selepas itu, murid-murid ini akan melabelkan setiap bentuk tersebut dengan nama bentuk yang betul supaya murid akan terus ingat.
Selepas itu, aku arahkan setiap kumpulan untuk membina satu binaan berkonsepkan sebuah bangunan yang cantik dan paling stabil dengan menggunakan bentuk-bentuk asas yang telah mereka bina tadi.
Semua murid akan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk membina bangunan yang cantik dan paling stabil. Dalam aktiviti ini, secara tidak langsung, saya telah menerapkan satu nilai murni iaitu bekerjasama dalam kumpulan dan saling bantu membantu. Dalam kemahiran proses Sains pula melibatkan proses komunikasi antara murid dan guru.
Isnin, 5 Oktober 2009
Moon Phases
0 comments Isnin, Oktober 05, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Untuk tajuk kali ini...sekali lagi aku menggunakan simulasi dengan menggunakan peralatan seperti bola plastik sebagai Bulan dan lcd projektor sebagai Matahari. Simulasi ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan keadaan sebenar bentuk bulan mengikut kedudukan bulan dilihat. Juga bagi memperbetulkan persepsi murid-murid bahawa bulan tidak hilang semasa berlaku fasa-fasa bulan.
Untuk melihat setiap fasa bulan ini, setiap orang orang murid mesti mengelilingi bola plastik (Bulan) mengikut 8 titik yang telah aku tandakan di atas lantai. 8 titik tersebut adalah kedudukan di mana murid akan melihat fasa-fasa bulan secara berurutan. Di akhir pembelajaran ini aku lihat murid-murid telah memahami bagaimana fasa-fasa bulan berlaku.






Aku juga rasa puas hati kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu ini dengan sempurna walaupun masih ada beberapa kekurangan dan gangguan.
Isnin, 7 September 2009
Teknik Simulasi Putaran Bumi
0 comments Isnin, September 07, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Selasa, 18 Ogos 2009
Kelas Malam............
0 comments Selasa, Ogos 18, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Teknik terbaik untuk aku terangkan tentang pembentukan bayang-bayang dan perubahan saiz bayang-bayang...nasib kelas malam...senang nak tunjuk bayang-bayang.
Tamat kelas jam 10 malam....Wajah-wajah harapan 2010!
Isnin, 17 Ogos 2009
Changing States Of Matter
0 comments Isnin, Ogos 17, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.

Perubahan bahan yang berlaku dalam eksperimen ini...cecair kepada gas...dan gas kepada cecair...lebih kepada simulasi kejadian hujan. Bukan main seronok murid-murid ni menjalankan eksperimen.

Hasil dari eksperimen ini murid-murid ini dapat memahami dan mengetahui bagaimana kejadian hujan berlaku. Dan yang penting, aku dapat mengubah persepsi mereka bahawa asap yang keluar dari permukaan air yang panas tu sebenarnya bukan asap...tetapi adalah wap air. Itulah yang di namakan pertukaran dari cecair kepada gas....puas hati aku!
Dalam sains...teori semata-mata tidak akan dapat mengubah persepsi awal kanak-kanak tanpa menunjukkan bukti-bukti yang kukuh. Dan inilah pentingnya eksperimen (amali)....murid akan membuat sendiri dan melihat sendiri hasil dari kajian mereka.
















