Pembelajaran kali ini adalah tajuk terakhir dalam Sains tahun 5 yang bertemakan penyiasatan tentang dunia teknologi. Dalam pembelajaran kali ini,murid akan belajar tentang kestabilan sesuatu binaan seperti bangunan,kenderaan mahupun alatan dalam rumah seperti kerusi,meja dan banyak lagi. Bagaimanapun, sebelum murid belajar dengan lebih jauh lagi, murid sepatutnya telah mengenali beberapa bentuk asas binaan seperti kon,kiub,kubod,silinder,piramid,sfera dan hemisfera. Sebenarnya,murid telahpun belajar tentang bentuk-bentuk binaan ini semasa mereka berada di tahap 1 lagi. Dalam Matematik dan Bahasa Inggeris juga telah diajar tentang bentuk-bentuk ini. Dalam Kemahiran Hidup tahun 4 juga ada menerangkan tentang bentuk-bentuk ini. Dan, seharusnya murid tidak boleh berkata 'tidak tahu' sekiranya di soal tentang rupa bentuk-bentuk tersebut.
Bagaimanapun...dalam pengajaran aku kali ini,aku menggunakan kaedah lihat,bina dan ingat di mana murid akan melihat bentuk-bentuk asas binaan. Kemudian, setiap kumpulan aku bekalkan dengan plastisin (tanah liat) untuk mereka bina kesemua bentuk-bentuk asas tersebut secara bekerjasama dalam kumpulan.
Selepas itu, murid-murid ini akan melabelkan setiap bentuk tersebut dengan nama bentuk yang betul supaya murid akan terus ingat.
Selepas itu, aku arahkan setiap kumpulan untuk membina satu binaan berkonsepkan sebuah bangunan yang cantik dan paling stabil dengan menggunakan bentuk-bentuk asas yang telah mereka bina tadi.
Semua murid akan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk membina bangunan yang cantik dan paling stabil. Dalam aktiviti ini, secara tidak langsung, saya telah menerapkan satu nilai murni iaitu bekerjasama dalam kumpulan dan saling bantu membantu. Dalam kemahiran proses Sains pula melibatkan proses komunikasi antara murid dan guru.
Antara hasil binaan yang telah mereka bina.
0 comments:
Catat Ulasan