| MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975. |
Sumber
| MARTIN COOPER membuat panggilan telefon bimbit pertama di dunia di New York pada 3 April 1975. |
| IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit |
| Salah Siapa Perlakuan Yang Begitu Biadap Ini Berlaku...? |
GAMBAR di atas menunjukkan cahaya aneh yang muncul di ruang angkasa wilayah Trondelag, Norway semalam.
Keratan akhbar dari Harian Metro bertarikh 02 November 2009 ( Isnin ). Berita berkisar tentang lapan remaja termasuk dua perempuan yang berusia 12 hingga 15 tahun dari Serawak yang meniru 'solat jemaah' dalam sebuah gereja. Video rakaman selama 13 saat itu memaparkan bagaimana empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam. Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan oleh rakan yang lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir. Di atas adalah antara petikan dari berita dalam akhbar terbabit. Aku cuba cari video tersebut dalam laman youtube, tapi video tersebut telah tiada. Berkemungkinan telah di padam oleh pemiliknya. Apapun, bagi aku, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh kumpulan pelajar berkenaan memandangkan usia mereka masih muda dan ada yang masih bersekolah rendah, yang mana aku anggap mereka ini masih tidak atau belum memahami antara gurauan atau sendaan terhadap agama lain. Sungguh membimbangkan sekiranya remaja-remaja ini tidak di perbetulkan akhlaknya...ditakuti kelak, remaja inilah yang akan menghancurkan keharmonian agama di negara kita ini. Dan juga bagi aku, perkara ini adalah di luar jangkaan kita sebagai seorang guru di mana dalam usia sebegini, pelajar ini sudah berani melakonkan watak 'sensitif' begini. Tidak dinafikan juga mungkin pelajar ini terpegaruh dengan laman-laman video barat dari internet yang mana ada anak-anak muda dari barat juga berani mempersendakan ISLAM. Aku sebagai seorang guru, terbit juga rasa marah dan terguris apabila membaca berita ini tadi. Balik sekolah siang tadi, aku terus singgah ke kedai makan. Sementara aku menunggu order, aku pun bacalah Harian Metro ni sehinggalah aku terbaca berita ini. Balik dari makan, aku terus cari dari internet tentang berita ini dan aku 'tepek' kan di sini sebagai tatapan dan pengajaran bagi semua guru dan juga sesiapa yang membacanya bahawa sesungguhnya anak-anak didik kita sekarang ini telah berani beberapa langkah di hadapan kita dengan melakukan perkara yang tidak kita sangkakan. Kepada guru-guru dan juga sesiapa sahaja yang membaca petikan ini, pesanlah kepada anak-anak murid, anak-anak,saudara-mara atau sesiapa sahaja yang kita kenal,janganlah sesekali cuba mempersenda agama orang lain kerana ALLAH juga melarang kita dari menghina dan mencerca agama lain. ~Semoga ALLAH membuka pintu hati pelajar-pelajar ini tentang kemuliaan ISLAM...AMIN~.bmp)
Sehelai 200 000 dolar ini bersamaan dengan kurang dari $0.10 cent !
Kemudian beberapa siri nilai matawang telah diperkenalkan di pasaran antaranya....
Fakta yang perlu anda ketahui ialah 10USD adalah 10 kali lebih mahal dari 10 million dollars Zimbabwe note.
Lelaki di bawah membawa duit yang dianggarkan bernilai 25 million Zimbabwe dollar dan bersamaan dengan 1USD !.
Dan, bagaimana mereka membawa duit untuk makan di restoran...? Dan...apa yang boleh dibeli dengan 100 Billion Dollar Zimbabwe...?
Dengan nilai sebesar itu, mereka hanya boleh membeli 3 biji telur ayam....
Bersyukurlah kita hidup dan tinggal di Malaysia...
~ Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Malaysia Ke-52!~
Aku 'tepekkan' disini surat edaran untuk peringatan dan makluman semua....
~Jangan cari susah jika tak mahu susah,berusahalah jika mahu kesenangan~
p/s~ Hanya sekadar pandangan dan pegangan peribadi...bukan untuk mempengaruhi sesiapa...
GEORGE TOWN - "Pelajar kini makin malas membaca, berfikir dan menilai."
Begitulah nada kecewa yang disuarakan penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008, Prof. Dr. Muhammad Salleh yang menyifatkan ramai golongan pelajar masa kini sama ada di sekolah mahupun universiti kurang membaca dan ia berbeza berbanding generasi lampau.
Beliau yang juga Sasterawan Negara berkata, biarpun seronok menjadi seorang pendidik namun beliau kecewa apabila pelajar yang lahir daripada sistem pendidikan sekarang tidak lagi cintakan buku.
"Sebagai pendidik, kita membina watak manusia yang boleh berfikir, berhujah dan menilai sesuatu yang berlaku.
"Namun jika kurang membaca, bagaimana pelajar itu mahu berfikir serta memberi pendapat serta menyelesaikan setiap masalah yang timbul," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Ekspo Konvokesyen 2009 (Convex 09) Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.
