Memaparkan catatan dengan label Ceriteraku.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ceriteraku.... Papar semua catatan

Isnin, 4 April 2011

My New Born Baby Girl...NUR AINA NADHIRA...

0 comments

Nur Aina Nadhira

Tanggal 26 March 2011...jam 9.13 malam...lahirlah anakku yang ketiga seberat 3.7kg. Punyalah susah ibunya nak keluarkan baby ni...Alhamdulillah...semuanya selamat. Anak ketiga ku ini telah didaftarkan dengan nama NUR AINA NADHIRA. Semoga ALLAH terus merahmati keluargaku dengan segala kesempurnaan dan kebahagiaan...Amin.

Selasa, 11 Januari 2011

Post Pertama Januari 2011

0 comments

Lama tak meng'update' blog aku ni...banyak mesej-mesej rakan pengunjung dalam chatbox. Sorry geng...tak dapat nak follow up lagi. Awal sesi persekolahan ni agak sibuk...banyak perkara perlu diselesaikan dahulu. Ni pun baru siap buat jadual kelas....custom jek...InsyaAllah ada masa nanti aku jenjalan lak kat blog korang yek...

Ahad, 31 Oktober 2010

Hari Karnival Ko-Kurikulum SK Kahang 2010

0 comments


Penat tak hilang lagi...maklumlah baru sehari selepas hari karnival. Apapun...walaupun pada awal persiapan gerai memang sangat meletihkan...namun atas semangat dan tanggungjawab yang di amanahkan...tetap diteruskan sehingga ke petang...semua gerai ditutup selepas pukul 5 petang. Bila depan kamera...kenalah tunjuk wajah ceria.

Anak-anakku juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan pakaian beragam. Yang sulong memakai pakaian bertemakan "Princess" dan yang bongsu bertemakan "Pejuang Negara"...nasib baik menang...jika tidak...terpaksalah aku belikan hadiah....


Khamis, 28 Oktober 2010

Bila Lepas Periksa....

0 comments

Senario biasa bagi aku dan juga kebanyakkan guru-guru lain...bila habis saja peperiksaan...macam biasalah...kena tanda pulak untuk dapatkan nilaian prestasi murid. Bagi aku di sini...buku adab belajar masih diguna pakai...juga kena isi. Kalau tarikh akhir penghantaran markah cepat...maka terpaksalah bersengkang mata menanda. Ataupun jika ada program atau majlis lain selepas peperiksaan...kekadang sampai tak cukup tangan nak buat. So...siapa yang kata kerja guru tu senang...waktu kerja sekerat hari...balik rumah boleh relaks...sememangnya anggapan itu silap. Anggapan mereka itu hanya benar jika melihat beban tugas guru yang malas....

Teringat zaman aku bekerja sebagai juruteknik komputer dulu...keje memang kene on time siap...sama lah juga...kekadang sampai stay back dan over nite kat opis...tapi tak pe sebab masa lebih tersebut dikira sebagai overtime...kerja guru...masa lebih macam sekarang...sekadar komitmen ikhlas je...apa pun aku tetap anggap kerja lewat ni tetap dibayar kerana...setiap kali cuti persekolahan...jika tiada panggilan kursus kemana-mana...aku juga turut bercuti...dan gaji tetap dibayar seperti biasa...itulah upah overtime aku sebenarnya...Alhamdulillah....

Selasa, 26 Oktober 2010

CAMP AT SEDILI DAMAI RESORT

0 comments


Lokasi Sedili Damai Resort

Camp At Sedili Damai Resort selama 2 hari 1 malam mengiringi murid-murid tahun 6 seramai 40 orang dengan menaiki 12 buah kereta guru. Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih lanjut tentang ilmu-ilmu perkhemahan dan sara diri kepada murid tahun 6 sebagai persediaan melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi. Mula bertolak dari sekolah sekitar jam 8.00 pagi yang melalui jalan Kluang - Mersing dan sampai ke Sedili Damai Resort sekitar jam 12 tengah hari.


 
Sewaktu berhenti rehat di kawasan rehat Bandar Tenggara



 Setelah tiba di lokasi....

Selepas semua murid di serahkan kepada fasilitator Sedili Damai Resort...kamipun menjalankan kwajipan bersama.....


Cari bahan BBQ dan makan time...

 Jalan di pantai....

 Jumpa hidupan pelik...apa ni...?ada yang kata lintah laut...

Aku dan rakan guru yang lain dapat jugaklah relax sikit sebab semua urusan pengendalian murid telah diambil alih oleh pihak pengurusan resort....








Rabu, 4 Ogos 2010

Kelas Malam Intensif....

0 comments

Murid-muris harapan UPSR 2010

Kelas yang telah aku jalankan pada malam semalam sebagai kelas intensif latih tubi yang mana jaku kira jika mengharapkan jadual yang diperuntukkan...memang tidak memadai untuk membuat latih tubi modul Sains UPSR yang ada. Malam semalam juga merupakan kelas malam terakhir sebelum menjelang Ramadhan pada minggu hadapan dan kelas malam ini akan diganti pada waktu siang.

Ahad, 11 Julai 2010

MSL-Selangor vs Kelantan

0 comments

Kesempatan pulang ke kampung minggu lepas memberi peluang kepada aku untuk ke Stadium Shah Alam untuk melihat perlawanan secara 'live' antara Selangor dan Kelantan selepas lebih 13 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke stadium tersebut. Jika 13 tahun dulu semasa aku bekerja di Shah Alam...memang tiap kali ada perlawanan aku tidak akan ketinggalan untuk ke stadium...kira penyokong fanatik juga lah ni.
Walaupun berlaku sedikit kekecohan antara penyokong Selangor dan Kelantan...namun sedikit pun tidak menganggu persembahan antara kedua-dua pasukan. Dari apa yang aku lihat dan dapat simpulkan...persembahan Selangor kurang memuaskan tidak seperti ketika mereka membenam N. Sembilan 4-2 dulu dan juga beberapa persembahan mereka yang lain. Mungkin akibat cuti yang panjang agaknya. Keputusan berkesudahan dengan jaringan 1-1.
Apapun...aku juga turut gembira kerana dapat memberikan sokongan secara 'live' kepada pasukan kesayangan aku selepas 12 tahun tidak menonton aksi mereka secara 'live'.

Ahad, 21 Mac 2010

Sesi Teh Tarik Bersama Citra Club Johor

0 comments

Semalam (Sabtu 20 Mac 2010) selepas tamat kelas di OUM Johor Bahru, aku berkesempatan menghadiri sesi teh tari bersama dengan member-member Citra Club Johor. Inilah kali pertama aku dapat menghadirkan diri dan berkenalan dengan Citra Club Johor, setelah beberapa kali dipelawa. Sebelum ni aku hanya 'join' Citra Club Negeri Sembilan sahaja. Sesi teh tarik ini membincangkan tarikh AGM CCM Johor akan datang.

Jumaat, 19 Februari 2010

Dataran Seremban....

0 comments


Sempena cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ni, aku berkesempatan pulang ke kampung mertuaku di Rantau Negeri Sembilan. Kebetulan adik ipar aku dari Perlis juga pulang ke kampung, jadi aku bersama biras aku menunggunya di Terminal One Seremban. Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran dengan Terminal One...terpegun kejap aku melihat keindahan gemerlapan lampu-lampu neon di sebuah dataran...dah lama aku tak keluar ke Seremban waktu malam...rupa-rupanya dah ada taman riadah ala-ala Dataran Merdeka yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban ni....so akupun singgahlah kat dataran ni sementara menunggu bas yang adik ipar aku naik sampai.
Sambil-sambil tu aku snap lah beberapa keping gambar sebagai kenangan....cuma terdapat beberapa aktiviti dan perbuatan pengunjung dataran ini yang boleh mencemarkan keindahan dataran ini. Dataran ini di bina khusus untuk pengunjung berjalan kaki...namun terdapat segelintir pengunjung yang bermotor...layak ke aku panggil "Mat Rempit?"...ntahlah....dalam kumpulan seramai 5 orang dan lebih dengan selambanya menunggang motor masuk dalam kawasan siar kaki dataran ini...berputar-putar tanpa arah...dengan deruman bunyi motor yang bingit bukan sahaja menganggu aku...malah juga pengunjung lain...

Selasa, 5 Januari 2010

Komen Yang Biadap...Apa Pendapat Anda...?

3 comments



Aku baru jumpa komen @ pendapat ni dari forum Bicara Guru...kawan kita ni terbaca komen @ pendapat ni di laman web 1 Malaysia...Untuk membaca komen tersebut...pergi ke sini...KOMEN BIADAP

Bagi aku...agak keterlaluan dengan menghantar komen @ pendapat yang sedemikian rupa seolah-olah merujuk kepada semua guru (mungkin niatnya tidak)....aku...walaupun bukanlah jenis guru seperti yang di katakan seperti dalam komen tu...tapi sedikit tersinggung dengan komen tersebut kerana adanya perkataan keramat...GURU. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik...rosak susu sebelangga...
Tidak dinafikan terdapat segelintir guru yang bersikap begitu...tapi tak kurang juga ramainya guru yang lebih terbuka dan rela berkorban untuk murid-muridnya...ibu bapa muridnya...sekolahnya...guru besarnya...malah juga "pegawai atasan" yang turut mendapat nama. Bukanlah nak melenting dengan komen tersebut...cuma aku fikir Si Pengirim Komen tersebut kurang cerdik...jika rasa tak puas hati kepada guru tersebut...tak perlu nak hantar komen umum begitu...taipkan saja nama guru tersebut...nyatakan di mana guru tersebut bertugas...dan dengan jujur...sertakan sekali nama penuh Si Pengirim ni dan juga lokasi bertugasnya...barulah senang 'orang atasan' nak buat tindakan.
Bagi aku sekarang...golongan guru seperti aku@kita ni dah tidak lagi dihormati sepertimana ibu bapa kita dulu menghormati guru...siapa yang lebih dihormati sekarang....?, artis-artis,penipu-penipu senyap yang berjawatan...Guru tidak lagi di ingati setiap kali kejayaan demi kejayaan murid-muridnya...bila dapat 5A dalam UPSR...bila dapat 10A@11A dalam PMR...bila dapat 14A@15@@16A@17A@18A dalam SPM...sering ditanya...APA RAHSIA KEJAYAAN ADIK...?. Jawapan yang boleh diagak akan keluar ialah...kelas tuisyen....belajar sendiri...bantuan ibu bapa...belajar berkumpulan...jarang sekali nak menyebut nama guru sekolah mereka apa ntah lagi nak ucap terima kasih. Tapi bila murid itu gagal...tidak mencapai gred yang ditetapkan...nama guru akan mendapat tempat teratas untuk disalahkan...malangnya nasib guru ye...
Apa pun...bagi aku @ kita yang sentiasa berusaha keras mendidik anak bangsa kita ni...yang sentiasa menurut apa yang diperintahkan oleh ketua kita tanpa sebarang syarat...yang rela meninggalkan suami@isteri dan juga anak-anak untuk tidur di sekolah bersama-sama murid-murid...dan juga yang sanggup berkorban apa saja...kita teruskan saja usaha murni kita ini...InsyaALLAH balasan yang setimpal DISANA nanti menanti kita...


Isnin, 4 Januari 2010

Aquaria KLCC...Jalan-Jalan Tengok Ikan....

0 comments

Cerita semasa cuti persekolahan baru-baru ni. Dah hujung-hujung cuti baru aku sempat membawa anak-anak aku pergi makan angin...itupun sempat pergi Aquaria KLCC je tengok ikan. Bukan main gembira anak-anak aku dapat tengok ikan besar-besar...hidup lagi pulak tu.

Kebetulan aku singgah rumah kakak aku...aku bawa lah sekali anak-anak dia...maklumlah anak-anak tiada bapa...jadi tak sampai hati pulak aku nak tinggal memandangkan anak-anak aku dah bercerita dengan sepupu sepapatnya tu nak pergi tengok ikan.
Lepas tengok ikan...lepak kejap di Dataran Merdeka...teringat masa aku bujang-bujangan dulu...sinilah 'port' aku ngan kawan-kawan berehat selepas tamat waktu kerja...


Isnin, 23 November 2009

Cerita Lama...Lama Tak 'Update"...

0 comments

Cerita lama...dah lama tak 'update' blog ni. Dari penghujung bulan Oktober lepas sehinggalah ke hari terakhir sesi persekolahan 2009 pun masih sibuk dengan pelbagai program. Tambah pulak tahun ni untuk Majlis Hari Anugerah, aku di lantik sebagai S/U merangkap 'Penyelaras'...geram betul pada 'Penyelaras' yang dilantik...
Ok...cerita pasal hari anugerah tu nanti aku pos lain...gambar kat atas ni adalah serba sedikit dari gambar kenangan gotong-royong penduduk kuarters guru membuat dan membina saliran paip kumbahan najis yang baru. Kami dah tak tahan dengan air najis yang melimpah keluar melalui lubang tandas dalam rumah yang disebabkan oleh saluran pembuangan najis tersumbat. Hari-hari masuk dalam rumah cium bau najis...laporan dah berkali-kali hantar...tindakan langsung tak ada. Kekadang terfikir gak...tiap-tiap bulan elaun rumah sebanyak RM180 ditolak...tapi mana perginya duit tu untuk selenggara kuarters yang kami tinggal ni. RM180 tu baru elaun aku...elaun penduduk lain dalam kuarters ni...?. Jadi...ibarat menunggu buah yang tak jatuh, seperti menanti kucing bertanduk...kami melalui penghulu kuarters telah bersepakat untuk membuat 'collection' untuk membiayai projek membina saliran paip najis yang baru dengan gotong-royong.
Dan.Alhamdulillah...semuanya telah berjalan lancar dan selesai. Sekarang,tiada lagi masalah air najis melimpah dalam tandas. Aku harap...pihak-pihak yang berkenaan yang membaca coretan ini...fikir-fikirkanlah nasib kami yang mendiami kuarters ni. Kalau ada laporan tentang kerosakan kuarters yang SEGERA tu...berilah jawapan SEGERA samada boleh dibuat dengan peruntukan atau tidak boleh dibuat sebab tiada peruntukan. Janganlah sekadar terima surat,baca dan letak pada 'tray' KIV sahaja tanpa sebarang jawapan dan tindakan. Geram gak ni...

Ahad, 25 Oktober 2009

Bengkel CloneZilla...

0 comments

Jumaat lepas, aku selaku Penyelaras Bestari / Penyelaras ICT sekolah telah menghadiri satu bengkel tentang cara-cara penggunaan CloneZilla. Bengkel ini dianjurkan oleh PKG Kluang. CloneZilla...berfungsi sebagai 'backup' kepada sistem dan perisian komputer yang mana apabila komputer mengalami masalah, 'backup' ini berperanan untuk mengembalikan semula semua fail-fail windows. Jadi, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah untuk 'reinstall' windows,'driver software' dan juga office. Dari apa yang telah ditunjukkan...bagi aku perisian ini sama fungsinya seperti perisian Norton Ghost yang selalu aku gunakan sebagai 'backup' apabila komputer dalam makmal sekolah mengalami masalah.

Selasa, 20 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka Kuarters Guru

0 comments


Baru sebentar tadi tamat Majlis Rumah Terbuka Kuarters Guru SK Kahang. Aku sebagai salah seorang daripada penghuni kuarters guru ini terlibat secara langsung dalam persiapan sejak dari petang tadi. Bermula dengan gotong-royong memasang khemah tetamu sehinggalah ke pembersihan kawasan selepas majlis. Jemputan sekitar rakan-rakan guru dan juga kenalan masing-masing. Majlis bermula selepas Mahgrib dan berakhir jam 11 malam.

Sabtu, 10 Oktober 2009

LDP lagi...

0 comments



LDP...apa tu..? LDP bermaksud Latihan Dalam Perkhidmatan. Hari ni...aku bersama semua guru-guru Sains sekolah aku dan juga bersama guru-guru Sains sekolah lain (mengikut zon) telah berkumpul di Sekolah Kebagsaan Kahang Barat untuk menghadiri LDP kali ke 5.
Apa pun, ceramah ini telah disampaikan oleh sahabat aku iaitu Cikgu Hisham b. Ali. Antara tajuk utama dalam perbincangan LDP ini ialah bengkel membina rancangan tahunan dan juga mingguan.

Selepas 'tea break'...Aktiviti LDP ini disambung dengan teknik dan cara penuliasn rancangan mengajar yang betul.

Selasa, 29 September 2009

Salam Aidilfitri 2009!

0 comments


Selamat hari raya Aidilfitri dan salam Lebaran 2009 buat semua pengunjung...Maaf zahir dan batin. Lama sudah aku tidak meng'hapdet' blog ni...tak sempat-sempat aku nak 'hapdet'. Sekarang...selepas lebih seminggu raya...barulah ada kelapangan nak 'hapdet'.

So...macamana raya tahun ni...?. Bagi aku...raya tahun ni lah yang paling meletihkan. Apa tidaknya, seminggu cuti...seminggu tu le tak berhenti-henti 'drive' kereta...kalo berenti pun sebab tidor...ye lar...mana boleh bawa kereta masa tidor kan...?. Dari Selatan sehingga ke Utara...perjalanan mencecah hampir 1500km...ikut ukuran pada speedometer kereta aku ler...jauh kan...?

Serba sedikit pengalaman aku sempena menyambut Syawal tahun ini...

Sabtu 19/9-8.30 pagi bertolak dari rumah ke Parit Buntar. Berhenti di R&R Seremban menunggu adik ipar aku. Konvoi 2 buah kereta. 8.30 malam baru sampai Parit Buntar,buka posa pun kat susur keluar R&R Gunung Semanggol...Kawasan rehat...penuh sesak...so terpaksa parking tepi jalan susur keluar. Letih wooo..12 jam drive...jalan punyalah sesak tak payah nak citer lah.

Ahad 20/9- Beraya ke rumah sedara mara sebelah bini aku. Petang lak pegi rumah adik ipar aku kat Kulim.

Isnin 21/9- Beraya kat Penaga,Sg Dua (rumah sedara mara bini aku)..pastu terus ke Alor Setar rumah kawan aku dan Kuala Nerang rumah bapak saudara aku...2 pagi baru sampai rumah adik ipar aku kat Kulim.

Selasa 22/9- Dari Kulim terus ke Sg Besar (rumah bapak aku lak)

Rabu 23/9- Beraya kat Bagan Datoh...rumah sedara mara mak aku lak.

Khamis 24/9- Relaxs kat umah.

Jumaat 25/9- Beraya sekitar kampung aku.

Sabtu 26/9- Beraya kat umah kakak aku di Sekinchan,Tg karang dan terus ke rumah abang aku di Pulau Indah. 1.30 pagi sampai kat umah mentua aku di Rantau N.9. 2.30 pagi bertolak balik ke Kluang. Around 5 pagi sampai kat rumah aku- Lepas angkat barang...solat Subuh...terus tdor...celik2 je dah pukul 2 petang.

Pergghh...sampai hari ni masih lenguh-lenguh lagi badan...anyway aku lebih gembira melihat anak-anak aku seronok beraya sambil dapat duit raya!

Selasa, 1 September 2009

Bosan...Internet Tak De...

0 comments


Aku balik dari kampung Isnin lepas 31 Ogos 2009...lepas angkat-angkat barang masuk dalam rumah...akupun 'on' lah pc...macam biasalah nak tengok-tengok apa yang ada...

 Hmmm...rupanya dan 3 hari 'line' streamyx 'down'...kata jiran aku. Masuk hari ini ( Khamis 2 Sept )...masih lagi 'down'. Report kat TM dah 2 kali buat....bosan tul!

 Ni pun terpaksa buat kat CC...nak hapdet punyer pasal...tp...slow mcm siput lak!

Selasa, 25 Ogos 2009

PTK oh PTK....

1 comments

Hari ni 25 Ogos 2009 adalah PTK kali kedua yang aku ambil bagi tahun 2009 dan kali ke 3 yang aku ambil sejak aku telah disahkan dalam perkhidmatan...dan keputusan yang aku perolehi...tetap sama 3:3...baca buku yang setebal 2 kali buku rekod mengajar tu pun, dapat result yang sama...tak membaca pun tetap dapat result yang sama...hairan gak. Pengalaman aku sebagai seorang guru ni...kalaulah murid tu buat latih tubi berulang kali...mesti ada peningkatan dalam prestasinya...tapi dalam PTK ni...tak faham betul aku ngan sistemnya...macam-macam pendapat dan pertikaian yang aku dengar...dan untuk PTK kali ini...aku dah malas nak baca-baca buku lagi....

Dewan Bestari, SMK Sultan Abd Jalil, Kluang....disinilah aku 'amek' PTK tadi

Habis saja jawab PTK tadi...aku terus pergi ke kedai 'tinted' cermin di bandar Kluang...Aku nak tambah satu 'layer' hitam kat cermin belakang keta aku.

Dah siap pun....

Khamis, 20 Ogos 2009

Final Exam Dah Mula...

0 comments

Hari ni 20hb Ogos 2009...bermula final exam untuk semester Mei 2009 untuk kertas yang pertama. Pasni, Ahad nanti sambung lagi untuk paper yang kedua dan terakhir...lagi 3 semester nak habis belajar ni...
Dewan Peperiksaan F2 UTHM, Batu Pahat
Kat sinilah aku amek pekso tadi...



Dalam perjalanan balik...aku singgah kejap kat Kluang Parade...ronda-ronda tengok pameran batu jed...sempat aku 'tangkap' satu gambar gelang batu jed yang harganya...wow! RM2980.00! dan yang lebih mahal dari itupun ada. Kalau patah ni...menangis woooo...

Pastu, aku singgah kat kedai jual permainan kawalan jauh pula...saja survey-survey heli....
Saja survey....tak beli pun...

Sampai rumah...jiran-jiran ajak join buat ayam panggang lak....ala-ala BBQ...
Perrghh...penat tak payah cerita la...

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top