Penat tak hilang lagi...maklumlah baru sehari selepas hari karnival. Apapun...walaupun pada awal persiapan gerai memang sangat meletihkan...namun atas semangat dan tanggungjawab yang di amanahkan...tetap diteruskan sehingga ke petang...semua gerai ditutup selepas pukul 5 petang. Bila depan kamera...kenalah tunjuk wajah ceria.
Anak-anakku juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan pakaian beragam. Yang sulong memakai pakaian bertemakan "Princess" dan yang bongsu bertemakan "Pejuang Negara"...nasib baik menang...jika tidak...terpaksalah aku belikan hadiah....
0 comments:
Catat Ulasan