Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Isnin, 15 November 2010

Raya Haji...Raya Korban...Selamat Hari Raya...!!!!

0 comments

Ada yang sebut Hari Raya Haji...ada juga yang sebut Hari Raya Korban...dan juga ada yang sebut Idul Adha...Aidil Adha...maksud yang berbeza namun tetap diraikan pada tarikh yang sama iaitu 10 Zulhijjah setiap tahun kalendar Islam...seperti sebelumnya aku dah sinonim dengan suasana di kampung dulu...Raya Korban ni tidaklah disambut dengan meriah jika nak dibandingkan dengan Raya Puasa. Dan akupun tidaklah "kalut" sangat nak balik kampung sebab Raya Korban tahun ni cuma dapat cuti 2 hari je...jadi dengan perjalanan sejauh 480 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk aku sampai ke kampung halamanku...aku rasa tak berbaloi kalau aku balik. Jadi...aku buat keputusan...beraya je lah di sini bersama-sama dengan penduduk kampung perantauan aku ni...Selamat Hari Raya kepada semua rakan blogger!!!!

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan Yang Pertama....

0 comments

Telah berlalu hari yang pertama dalam Ramadhan 1431H tahun ini....



Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Kembali Lagi....

0 comments


Ramadhan 2010 kembali lagi....1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010M...rasanya seperti baru selesaikan menjalani ibadah puasa yang lau...tahun ini bulan yang penuh dengan keberkatan ini kembali lagi. Sambutan pastinya akan dimulai dengan solat tarawih di masjid-masjid atau di surau-surau.

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
&
Selamat Menjalani Ibadah Puasa....


Selasa, 6 April 2010

Selamat Hari Jadi Puteraku...

0 comments

Sambutan hari lahir anak aku yang ke 4 tahun...Mohammad Aiman Harith...1 April 2006 - 1 April 2010...sambutan ala kadar untuk memenuhi permintaan anak aku yang ingin memotong kek hari lahirnya bersama kawan-kawannya...















Terima kasih pada kawan-kawan yang hadir...semoga anak ku di beri kesihatan yang sempurna...di panjangkan umur dan terus di berkati ALLAH SWT....

Rabu, 30 Disember 2009

2010 Menjelang Tiba...

1 comments



2009 yang penuh dengan kenangan pahit dan manisku bakal melabuhkan tirainya. 2010 pula bakal menjadi penyambung cerita. Azam aku tahun 2010...?. Ntah aku sebenarnya tiada azam khusus tiap-tiap tahun...azam aku sama saja setiap tahun...ingin terus menjadi manusia biasa yang berjaya,cemerlang dan terus di sukai oleh rakan-rakan ku.

"Selamat Tahun Baru 2010 Kepada Semua Rakan-Rakan Bloger...Semoga Di Tahun 2010 Nanti Akan Lebih Cemerlang..."

Aku baru update template blog ni...tak habis lagi nak tambah apa-apa gadget yang sesuai...

Rabu, 9 Disember 2009

1 comments

Kita hanya manusia biasa...
Iman kita tidak setebal Al-Qur'an...
Adakala kita tersesat...
Adakala kita terleka...
Adakala kita terlupa...
Kita lupa akan niat sebenar kita...
Namun apabila kita tersedar...
Kembalilah...kembalilah ke jalan benar yang pernah kita lalui...
Sementara kita masih diberi peluang...
Sementara kita masih berpeluang mengekori setiap detik yang ada...
Masa tidak akan menunggu kita...pastinya akan terus meninggalkan kita...


Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52

0 comments


Tema hari kemerdekaan ke 52 ini ialah 1 Malaysia , Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Keterangan logo 1 Malaysia
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

0 comments

Bulan Ramadhan tiba lagi...Selamat Menjalani Ibadah Puasa....

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top