Ahad, 11 Oktober 2009

Lelong Oh Lelong....



Sabtu lepas 10 Oktober, lepas habis LDP,aku bersama beberapa orang rakan telah pergi ke satu tapak lelongan awam kereta oleh sebuah bank. Gambar di atas tu adalah antara beberapa puluh kereta...(dan mungkin sampai seratus buah kereta kot) yang akan di lelong. Ini adalah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke tapak lelongan kereta awam. Bagaimana sesebuah kereta boleh dilelong,bagaimana proses lelongan. Bagaimana proses pembidaan. Bagaimana nak jadi pembida. Bagaimana nak bayar jika menang dalam bidaan...semua aku pelajari di situ. Ini...boleh kata pengalaman berharga aku lerrr...
Aku cerita sedikit sekadar perkongsian tentang proses lelongan ni.
1. Apa yang menyebabkan kereta dilelong ?.
Apabila pemilik kereta tidak dapat membayar ansuran bulanan kereta.
2. Bagaimana untuk jadi pembida ?.
Kena bayar RM1000 sebagai deposit dan RM500 sebagai bidaan. Jadi jumlah semua RM1500. Jika kalah dalam bidaan atau tidak membida mana-mana kenderaan, RM1500 ini akan dipulangkan semula. Tetapi,jika membatal bidaan yang telah dimenangi,RM1500 akan lesap.
3. Bagaimana proses bidaan ?.
Bidaan bermula pada waktu yang telah ditetapkan. Sebelum waktu bidaan bermula,bakal pembeli boleh melihat dulu kenderaan yang ingin dibida. Semasa proses bidaan bermula,nilai bidaan bermula dengan harga yang telah ditetapkan dengan merujuk pada senarai harga kenderaan. Katakan jika harga sebuah kereta tersebut bermula dengan RM10 ribu. Pembida pertama yang menangkat tangan,nilai kenderaan tersebut masih RM10 ribu. Jika ada pembida kedua yang menangkat tangan,nilai kenderaan akan dinaikkan menjadi RM10,500. Jika ada pembida ketiga,harga kereta dinaikkan menjadi RM11 ribu dan begitulah seterusnya. Setiap bidaan yang dibuat,nilai kenderaan akan dinaikkan sebanyak RM5 ratus sehinggalah tiada lagi pembida yang berani angkat tangan. Selepas itu,pelelong akan mengetuk tukul bidaan sebagai tanda kenderaan tersebut telah dibida.
4. bagaimana proses bayaran ?.
Katakan harga bidaan yang dimenangi adalah RM10 ribu. Deposit sebanyak RM1 ribu tadi akan ditolak dan baki yang perlu dibayar adalah RM9 ribu. RM5 ratus sebagai nilai bidaan tadi akan 'hangus'. Dalam masa 10 hari, pembida perlu menyelesaikan baki bidaan. Jika tidak, RM1500 sebagai deposit menjadi pembida tadi akan 'hangus' dan kenderaan tersebut akan dibuka untuk bidaan semula pada minggu pembidaan akan datang. Jika pembida tidak mampu untuk membayar baki bidaan, bank tersebut akan memberi tawaran untuk membuat pinjaman.
5. Setelah tamat sesi bidaan, pembida boleh melihat dalaman kenderaan yang dimenangi yang mana sebelum sesi bidaan bermula,pembida hanya boleh melihat luaran kenderaan dan enjin sahaja. Pembida juga dikehendaki membayar RM50 kepada pihak pengurusan lelongan sebagai bayaran untuk 'checkup' oleh JPJ terhadap kenderaan tersebut. Ini penting kerana sekiranya terdapat sebarang masalah terhadap kenderaan tersebut,RM1500 tadi akan dipulangkan semula dan kenderaan tersebut tidak akan dijual lagi.

Di bawah,adalah rentetan bagaimana sesebuah kebderaan boleh dilelong.
1. Owner tidak mampu bayar bulanan dengan bank, bank keluarkan memo untuk tarik kereta kepada kedai tarik kereta.
2. Kereta ditarik dan disimpan dalam warehouse.
3. Sekiranya selama 14hari owner tidak berjaya membayar kepada bank, kereta akan dilelong.
4. Apabila kereta dilelong, owner perlu tandatangan surat lelongan K3 form untuk diserahkan kepada kedai tarik kereta.
5. Kedai tarik kereta membeli kereta dengan harga lelong dan bayar kepada bank.
6. Jumlah selebihnya perlu dijelaskan oleh owner iaitu bank mengeluarkan saman terhadap owner, dan prosesnya di mahkamah.
7. Kedai tarik kereta akan menjual kereta ini melalui agent yang dilantik.
8. Pembeli baru akan dapat semua dokumen lengkap termasuk K3 form.
9. Pembeli boleh menjual kereta ini kepada sesiapa sahaja dengan menyerahkan semua dokumen lengkap. JPJ atau Polis tidak berhak menahan kereta ini kerana pembeli mempunyai K3 form. Insuran dan road tax semuanya valid. No chasis tetap sama, dan original plate number.

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top