
Untuk melihat setiap fasa bulan ini, setiap orang orang murid mesti mengelilingi bola plastik (Bulan) mengikut 8 titik yang telah aku tandakan di atas lantai. 8 titik tersebut adalah kedudukan di mana murid akan melihat fasa-fasa bulan secara berurutan. Di akhir pembelajaran ini aku lihat murid-murid telah memahami bagaimana fasa-fasa bulan berlaku.
Aku juga rasa puas hati kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu ini dengan sempurna walaupun masih ada beberapa kekurangan dan gangguan.
0 comments:
Catat Ulasan