Dah lama tak pos entri dalam blog ni. Kesibukan dan kemalasan tahap gaban yang melanda....
Entri kali ini saja nak share P&P yang telah aku jalankan dalam subjek Sains tahun 5 iaitu perubahan keadaan bahan (changing States Of Matter) yang mana dalam P&P kali ini murid akan menajalankan eksperimen untuk melihat perubahan keadaan bahan seperti pengewapan, kondensasi, peleburan dan pendidihan.
Dalam eksperimen ini murid diberi panduan untuk mengenal pasti perubahan-perubahan keadaan bahan yang berlaku seperti ;
- pengewapan - perubahan di mana cecair menjadi gas
- kondensasi - perubahan di mana gas menjadi cecair
- pendidihan - proses pemanasan cecair
- peleburan - perubahan di mana pepejal menjadi cecair
Di akhir pembelajaran ini murid seharusnya dapat menjelaskan proses perubahan bahan yang berlaku semasa dan selepas eksperimen.
Seperti biasa...setiap P&P yang melibatkan aktiviti akan cepat meransang keinginan murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan akan menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan.
0 comments:
Catat Ulasan