Rabu, 28 Oktober 2009

Personas For Firefox

0 comments

Sebenarnya aku jumpa 'benda' ni dah lama dan aku dah dan sedang guna pun. Personas ni adalah 'skin' bagi pelayar Firefox. Skin Personas ni boleh ni boleh ditukar mengikut citarasa pengguna pada bila-bila masa sahaja. Senang nak guna,senang nak tukar dan sungguh menarik. Salah satu kelebian yang ada pada pelayar Firefox ni. Dan apa yang lebih menarik...semua skin yang ada dalam galeri nya adalah PERCUMA. Cuba lihat 3 skin (anak panah warna kuning) yang berbeza untuk pelayar Firefox yang aku pakai...
Untuk memulakan pemakaian Personas ini, layari http://www.getpersonas.com/. Anda kena install dulu add-on untuk Frefox tu. Klik je kat kotak berwarna hijau yang ada tulis Get Personas Firefox-Free. Selepas proses install, restart Firefox. Layari semula http://www.getpersonas.com/ dan klik pada Gallery di bar atas. Dari situ, anda boleh pilih skin yang popular atau anda juga boleh pilih skin dari pelbagai kategori yang ada. Klik je pada gambar skin tu dan klik pada kotak Wear This yang ada di bahagian bawah kiri gambar skin tu. Perhatikan, skin atas Firefox akan berubah. itu saja !.
Atau...anda juga boleh cipta skin sendiri...tapi yang ini anda kena daftar sebagai pengguna...langkah seterusnya aku tak tau sebab tak cuba lagi.

~Good Luck!~

Ahad, 25 Oktober 2009

Bengkel CloneZilla...

0 comments

Jumaat lepas, aku selaku Penyelaras Bestari / Penyelaras ICT sekolah telah menghadiri satu bengkel tentang cara-cara penggunaan CloneZilla. Bengkel ini dianjurkan oleh PKG Kluang. CloneZilla...berfungsi sebagai 'backup' kepada sistem dan perisian komputer yang mana apabila komputer mengalami masalah, 'backup' ini berperanan untuk mengembalikan semula semua fail-fail windows. Jadi, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah untuk 'reinstall' windows,'driver software' dan juga office. Dari apa yang telah ditunjukkan...bagi aku perisian ini sama fungsinya seperti perisian Norton Ghost yang selalu aku gunakan sebagai 'backup' apabila komputer dalam makmal sekolah mengalami masalah.

Selasa, 20 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka Kuarters Guru

0 comments


Baru sebentar tadi tamat Majlis Rumah Terbuka Kuarters Guru SK Kahang. Aku sebagai salah seorang daripada penghuni kuarters guru ini terlibat secara langsung dalam persiapan sejak dari petang tadi. Bermula dengan gotong-royong memasang khemah tetamu sehinggalah ke pembersihan kawasan selepas majlis. Jemputan sekitar rakan-rakan guru dan juga kenalan masing-masing. Majlis bermula selepas Mahgrib dan berakhir jam 11 malam.

Ahad, 11 Oktober 2009

Lelong Oh Lelong....

0 comments


Sabtu lepas 10 Oktober, lepas habis LDP,aku bersama beberapa orang rakan telah pergi ke satu tapak lelongan awam kereta oleh sebuah bank. Gambar di atas tu adalah antara beberapa puluh kereta...(dan mungkin sampai seratus buah kereta kot) yang akan di lelong. Ini adalah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki ke tapak lelongan kereta awam. Bagaimana sesebuah kereta boleh dilelong,bagaimana proses lelongan. Bagaimana proses pembidaan. Bagaimana nak jadi pembida. Bagaimana nak bayar jika menang dalam bidaan...semua aku pelajari di situ. Ini...boleh kata pengalaman berharga aku lerrr...
Aku cerita sedikit sekadar perkongsian tentang proses lelongan ni.
1. Apa yang menyebabkan kereta dilelong ?.
Apabila pemilik kereta tidak dapat membayar ansuran bulanan kereta.
2. Bagaimana untuk jadi pembida ?.
Kena bayar RM1000 sebagai deposit dan RM500 sebagai bidaan. Jadi jumlah semua RM1500. Jika kalah dalam bidaan atau tidak membida mana-mana kenderaan, RM1500 ini akan dipulangkan semula. Tetapi,jika membatal bidaan yang telah dimenangi,RM1500 akan lesap.
3. Bagaimana proses bidaan ?.
Bidaan bermula pada waktu yang telah ditetapkan. Sebelum waktu bidaan bermula,bakal pembeli boleh melihat dulu kenderaan yang ingin dibida. Semasa proses bidaan bermula,nilai bidaan bermula dengan harga yang telah ditetapkan dengan merujuk pada senarai harga kenderaan. Katakan jika harga sebuah kereta tersebut bermula dengan RM10 ribu. Pembida pertama yang menangkat tangan,nilai kenderaan tersebut masih RM10 ribu. Jika ada pembida kedua yang menangkat tangan,nilai kenderaan akan dinaikkan menjadi RM10,500. Jika ada pembida ketiga,harga kereta dinaikkan menjadi RM11 ribu dan begitulah seterusnya. Setiap bidaan yang dibuat,nilai kenderaan akan dinaikkan sebanyak RM5 ratus sehinggalah tiada lagi pembida yang berani angkat tangan. Selepas itu,pelelong akan mengetuk tukul bidaan sebagai tanda kenderaan tersebut telah dibida.
4. bagaimana proses bayaran ?.
Katakan harga bidaan yang dimenangi adalah RM10 ribu. Deposit sebanyak RM1 ribu tadi akan ditolak dan baki yang perlu dibayar adalah RM9 ribu. RM5 ratus sebagai nilai bidaan tadi akan 'hangus'. Dalam masa 10 hari, pembida perlu menyelesaikan baki bidaan. Jika tidak, RM1500 sebagai deposit menjadi pembida tadi akan 'hangus' dan kenderaan tersebut akan dibuka untuk bidaan semula pada minggu pembidaan akan datang. Jika pembida tidak mampu untuk membayar baki bidaan, bank tersebut akan memberi tawaran untuk membuat pinjaman.
5. Setelah tamat sesi bidaan, pembida boleh melihat dalaman kenderaan yang dimenangi yang mana sebelum sesi bidaan bermula,pembida hanya boleh melihat luaran kenderaan dan enjin sahaja. Pembida juga dikehendaki membayar RM50 kepada pihak pengurusan lelongan sebagai bayaran untuk 'checkup' oleh JPJ terhadap kenderaan tersebut. Ini penting kerana sekiranya terdapat sebarang masalah terhadap kenderaan tersebut,RM1500 tadi akan dipulangkan semula dan kenderaan tersebut tidak akan dijual lagi.

Di bawah,adalah rentetan bagaimana sesebuah kebderaan boleh dilelong.
1. Owner tidak mampu bayar bulanan dengan bank, bank keluarkan memo untuk tarik kereta kepada kedai tarik kereta.
2. Kereta ditarik dan disimpan dalam warehouse.
3. Sekiranya selama 14hari owner tidak berjaya membayar kepada bank, kereta akan dilelong.
4. Apabila kereta dilelong, owner perlu tandatangan surat lelongan K3 form untuk diserahkan kepada kedai tarik kereta.
5. Kedai tarik kereta membeli kereta dengan harga lelong dan bayar kepada bank.
6. Jumlah selebihnya perlu dijelaskan oleh owner iaitu bank mengeluarkan saman terhadap owner, dan prosesnya di mahkamah.
7. Kedai tarik kereta akan menjual kereta ini melalui agent yang dilantik.
8. Pembeli baru akan dapat semua dokumen lengkap termasuk K3 form.
9. Pembeli boleh menjual kereta ini kepada sesiapa sahaja dengan menyerahkan semua dokumen lengkap. JPJ atau Polis tidak berhak menahan kereta ini kerana pembeli mempunyai K3 form. Insuran dan road tax semuanya valid. No chasis tetap sama, dan original plate number.

Sabtu, 10 Oktober 2009

LDP lagi...

0 comments



LDP...apa tu..? LDP bermaksud Latihan Dalam Perkhidmatan. Hari ni...aku bersama semua guru-guru Sains sekolah aku dan juga bersama guru-guru Sains sekolah lain (mengikut zon) telah berkumpul di Sekolah Kebagsaan Kahang Barat untuk menghadiri LDP kali ke 5.
Apa pun, ceramah ini telah disampaikan oleh sahabat aku iaitu Cikgu Hisham b. Ali. Antara tajuk utama dalam perbincangan LDP ini ialah bengkel membina rancangan tahunan dan juga mingguan.

Selepas 'tea break'...Aktiviti LDP ini disambung dengan teknik dan cara penuliasn rancangan mengajar yang betul.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Strength and Stability - Knowing The Shapes

0 comments

Pembelajaran kali ini adalah tajuk terakhir dalam Sains tahun 5 yang bertemakan penyiasatan tentang dunia teknologi. Dalam pembelajaran kali ini,murid akan belajar tentang kestabilan sesuatu binaan seperti bangunan,kenderaan mahupun alatan dalam rumah seperti kerusi,meja dan banyak lagi. Bagaimanapun, sebelum murid belajar dengan lebih jauh lagi, murid sepatutnya telah mengenali beberapa bentuk asas binaan seperti kon,kiub,kubod,silinder,piramid,sfera dan hemisfera. Sebenarnya,murid telahpun belajar tentang bentuk-bentuk binaan ini semasa mereka berada di tahap 1 lagi. Dalam Matematik dan Bahasa Inggeris juga telah diajar tentang bentuk-bentuk ini. Dalam Kemahiran Hidup tahun 4 juga ada menerangkan tentang bentuk-bentuk ini. Dan, seharusnya murid tidak boleh berkata 'tidak tahu' sekiranya di soal tentang rupa bentuk-bentuk tersebut.

Bagaimanapun...dalam pengajaran aku kali ini,aku menggunakan kaedah lihat,bina dan ingat di mana murid akan melihat bentuk-bentuk asas binaan. Kemudian, setiap kumpulan aku bekalkan dengan plastisin (tanah liat) untuk mereka bina kesemua bentuk-bentuk asas tersebut secara bekerjasama dalam kumpulan.
Selepas itu, murid-murid ini akan melabelkan setiap bentuk tersebut dengan nama bentuk yang betul supaya murid akan terus ingat.

Selepas itu, aku arahkan setiap kumpulan untuk membina satu binaan berkonsepkan sebuah bangunan yang cantik dan paling stabil dengan menggunakan bentuk-bentuk asas yang telah mereka bina tadi.

Semua murid akan bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk membina bangunan yang cantik dan paling stabil. Dalam aktiviti ini, secara tidak langsung, saya telah menerapkan satu nilai murni iaitu bekerjasama dalam kumpulan dan saling bantu membantu. Dalam kemahiran proses Sains pula melibatkan proses komunikasi antara murid dan guru.

Antara hasil binaan yang telah mereka bina.

Rabu, 7 Oktober 2009

Malaysian Radio! V3

0 comments




Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya ini. Sebagai tanda ucapan terima kasih, saya memperkenalkan kepada rakan-rakan semua tentang satu aplikasi mudah untuk mendengar radio secara 'online' sambil anda melayari internet atau sedang membuat kerja atau apa sahaja yang anda lakukan. Tapi dengan satu syarat...komputer anda mestilah 'connected' dengan internet.

Malaysian Radio V3...lebih mudah beroperasi berbanding V2 ...mendengar 'online' radio tanpa gangguan...Anda tidak perlu lagi menggunakan khidmat enjian carian seperti yahoo ataupun google untuk mencari pautan stesen radio yang menyediakan perkhimatan siaran 'online'. Malaysian Radio V3 telah siap sedia dengan senarai pelbagai stesen radio Malaysia yang porpular dari stesen RTM sehinggalah stesen swasta seperti Sinar,Era,Hot FM dan banyak lagi.

Ikuti langkah di bawah untuk memulakannya...

~SELAMAT MENDENGAR~

How To Install...

1. Download MRV3 first. Click here

2. Double clicks mr.zip file

3. Run (2x clicks) the octosetup.exe first to install the plug-in server.

2. Run (2x clicks) Malaysian Radio! V3 Setup.exe to install the program.

3. Enjoy! =)

Isnin, 5 Oktober 2009

Moon Phases

0 comments

Untuk tajuk kali ini...sekali lagi aku menggunakan simulasi dengan menggunakan peralatan seperti bola plastik sebagai Bulan dan lcd projektor sebagai Matahari. Simulasi ini adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan keadaan sebenar bentuk bulan mengikut kedudukan bulan dilihat. Juga bagi memperbetulkan persepsi murid-murid bahawa bulan tidak hilang semasa berlaku fasa-fasa bulan.

Untuk melihat setiap fasa bulan ini, setiap orang orang murid mesti mengelilingi bola plastik (Bulan) mengikut 8 titik yang telah aku tandakan di atas lantai. 8 titik tersebut adalah kedudukan di mana murid akan melihat fasa-fasa bulan secara berurutan. Di akhir pembelajaran ini aku lihat murid-murid telah memahami bagaimana fasa-fasa bulan berlaku.Aku juga rasa puas hati kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu ini dengan sempurna walaupun masih ada beberapa kekurangan dan gangguan.

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top