2009 yang penuh dengan kenangan pahit dan manisku bakal melabuhkan tirainya. 2010 pula bakal menjadi penyambung cerita. Azam aku tahun 2010...?. Ntah aku sebenarnya tiada azam khusus tiap-tiap tahun...azam aku sama saja setiap tahun...ingin terus menjadi manusia biasa yang berjaya,cemerlang dan terus di sukai oleh rakan-rakan ku.
"Selamat Tahun Baru 2010 Kepada Semua Rakan-Rakan Bloger...Semoga Di Tahun 2010 Nanti Akan Lebih Cemerlang..."
Aku baru update template blog ni...tak habis lagi nak tambah apa-apa gadget yang sesuai...
Rabu, 30 Disember 2009
2010 Menjelang Tiba...
1 comments Rabu, Disember 30, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ucapan
Rabu, 9 Disember 2009
Labels: Ucapan
Iman kita tidak setebal Al-Qur'an...
Adakala kita tersesat...
Adakala kita terleka...
Adakala kita terlupa...
Kita lupa akan niat sebenar kita...
Namun apabila kita tersedar...
Kembalilah...kembalilah ke jalan benar yang pernah kita lalui...
Sementara kita masih diberi peluang...
Sementara kita masih berpeluang mengekori setiap detik yang ada...
Masa tidak akan menunggu kita...pastinya akan terus meninggalkan kita...
Cahaya Aneh Muncul di Norway
0 comments Rabu, Disember 09, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Berita / Rencana
OSLO - Satu cahaya misteri seperti lingkaran ubat nyamuk muncul di utara Norway menyebabkan ribuan penduduk di situ kebingungan, lapor sebuah akhbar semalam.
Saksi-saksi dari wilayah Trondelag sehingga ke Finnmark mendakwa, fenomena itu bermula dengan kemunculan satu cahaya biru meluncur naik dari sebalik sebuah bukit.
Ia kemudian berhenti di tengah udara dan mula melingkar dengan membentuk satu pusaran gergasi meliputi keseluruhan langit sebelum hilang semalam.
Institut Meteorologi Norway dihujani panggilan telefon namun pakar astronomi berkata, cahaya itu tiada kaitan dengan fenomena yang biasa dilihat.
Menara Kawalan Trafik Udara di Tromso, 1,150 kilometer dari sini mendakwa, cahaya aneh itu berakhir dalam masa dua minit dan amat sukar untuk dianggap sebagai fenomena astronomi.
Seorang saksi, Totto Eriksen di Tromso berkata, dia melihat cahaya itu semasa membawa anaknya ke sekolah dan menganggap fenomena tersebut amat menakjubkan. - Agensi
Video yang menunjukkan putaran cahaya biru tersebut.....
My Live Signature...
0 comments Rabu, Disember 09, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Tips/Panduan Komputer
~Selamat Mencuba!~
Khamis, 3 Disember 2009
Secebis Kenangan Di Genting Highland dan Bukit Tinggi
0 comments Khamis, Disember 03, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Pengalaman
Damai Saujana Mata Memandang...
0 comments Khamis, Disember 03, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Pengalaman
Isnin, 23 November 2009
Cerita Lama...Lama Tak 'Update"...
0 comments Isnin, November 23, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Ok...cerita pasal hari anugerah tu nanti aku pos lain...gambar kat atas ni adalah serba sedikit dari gambar kenangan gotong-royong penduduk kuarters guru membuat dan membina saliran paip kumbahan najis yang baru. Kami dah tak tahan dengan air najis yang melimpah keluar melalui lubang tandas dalam rumah yang disebabkan oleh saluran pembuangan najis tersumbat. Hari-hari masuk dalam rumah cium bau najis...laporan dah berkali-kali hantar...tindakan langsung tak ada. Kekadang terfikir gak...tiap-tiap bulan elaun rumah sebanyak RM180 ditolak...tapi mana perginya duit tu untuk selenggara kuarters yang kami tinggal ni. RM180 tu baru elaun aku...elaun penduduk lain dalam kuarters ni...?. Jadi...ibarat menunggu buah yang tak jatuh, seperti menanti kucing bertanduk...kami melalui penghulu kuarters telah bersepakat untuk membuat 'collection' untuk membiayai projek membina saliran paip najis yang baru dengan gotong-royong.
Dan.Alhamdulillah...semuanya telah berjalan lancar dan selesai. Sekarang,tiada lagi masalah air najis melimpah dalam tandas. Aku harap...pihak-pihak yang berkenaan yang membaca coretan ini...fikir-fikirkanlah nasib kami yang mendiami kuarters ni. Kalau ada laporan tentang kerosakan kuarters yang SEGERA tu...berilah jawapan SEGERA samada boleh dibuat dengan peruntukan atau tidak boleh dibuat sebab tiada peruntukan. Janganlah sekadar terima surat,baca dan letak pada 'tray' KIV sahaja tanpa sebarang jawapan dan tindakan. Geram gak ni...
Isnin, 2 November 2009
Pelajar Ajuk Cara ‘Bersolat Jemaah’ Dalam Gereja
3 comments Isnin, November 02, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Berita / Rencana
Keratan akhbar dari Harian Metro bertarikh 02 November 2009 ( Isnin ). Berita berkisar tentang lapan remaja termasuk dua perempuan yang berusia 12 hingga 15 tahun dari Serawak yang meniru 'solat jemaah' dalam sebuah gereja. Video rakaman selama 13 saat itu memaparkan bagaimana empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam. Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan oleh rakan yang lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir. Di atas adalah antara petikan dari berita dalam akhbar terbabit. Aku cuba cari video tersebut dalam laman youtube, tapi video tersebut telah tiada. Berkemungkinan telah di padam oleh pemiliknya. Apapun, bagi aku, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh kumpulan pelajar berkenaan memandangkan usia mereka masih muda dan ada yang masih bersekolah rendah, yang mana aku anggap mereka ini masih tidak atau belum memahami antara gurauan atau sendaan terhadap agama lain. Sungguh membimbangkan sekiranya remaja-remaja ini tidak di perbetulkan akhlaknya...ditakuti kelak, remaja inilah yang akan menghancurkan keharmonian agama di negara kita ini. Dan juga bagi aku, perkara ini adalah di luar jangkaan kita sebagai seorang guru di mana dalam usia sebegini, pelajar ini sudah berani melakonkan watak 'sensitif' begini. Tidak dinafikan juga mungkin pelajar ini terpegaruh dengan laman-laman video barat dari internet yang mana ada anak-anak muda dari barat juga berani mempersendakan ISLAM. Aku sebagai seorang guru, terbit juga rasa marah dan terguris apabila membaca berita ini tadi. Balik sekolah siang tadi, aku terus singgah ke kedai makan. Sementara aku menunggu order, aku pun bacalah Harian Metro ni sehinggalah aku terbaca berita ini. Balik dari makan, aku terus cari dari internet tentang berita ini dan aku 'tepek' kan di sini sebagai tatapan dan pengajaran bagi semua guru dan juga sesiapa yang membacanya bahawa sesungguhnya anak-anak didik kita sekarang ini telah berani beberapa langkah di hadapan kita dengan melakukan perkara yang tidak kita sangkakan. Kepada guru-guru dan juga sesiapa sahaja yang membaca petikan ini, pesanlah kepada anak-anak murid, anak-anak,saudara-mara atau sesiapa sahaja yang kita kenal,janganlah sesekali cuba mempersenda agama orang lain kerana ALLAH juga melarang kita dari menghina dan mencerca agama lain. ~Semoga ALLAH membuka pintu hati pelajar-pelajar ini tentang kemuliaan ISLAM...AMIN~
Rabu, 28 Oktober 2009
Personas For Firefox
0 comments Rabu, Oktober 28, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Tips/Panduan Komputer
Ahad, 25 Oktober 2009
Bengkel CloneZilla...
0 comments Ahad, Oktober 25, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Selasa, 20 Oktober 2009
Majlis Rumah Terbuka Kuarters Guru
0 comments Selasa, Oktober 20, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Ahad, 11 Oktober 2009
Lelong Oh Lelong....
0 comments Ahad, Oktober 11, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Pengalaman
Di bawah,adalah rentetan bagaimana sesebuah kebderaan boleh dilelong.
2. Kereta ditarik dan disimpan dalam warehouse.
3. Sekiranya selama 14hari owner tidak berjaya membayar kepada bank, kereta akan dilelong.
4. Apabila kereta dilelong, owner perlu tandatangan surat lelongan K3 form untuk diserahkan kepada kedai tarik kereta.
5. Kedai tarik kereta membeli kereta dengan harga lelong dan bayar kepada bank.
6. Jumlah selebihnya perlu dijelaskan oleh owner iaitu bank mengeluarkan saman terhadap owner, dan prosesnya di mahkamah.
7. Kedai tarik kereta akan menjual kereta ini melalui agent yang dilantik.
8. Pembeli baru akan dapat semua dokumen lengkap termasuk K3 form.
9. Pembeli boleh menjual kereta ini kepada sesiapa sahaja dengan menyerahkan semua dokumen lengkap. JPJ atau Polis tidak berhak menahan kereta ini kerana pembeli mempunyai K3 form. Insuran dan road tax semuanya valid. No chasis tetap sama, dan original plate number.
Sabtu, 10 Oktober 2009
LDP lagi...
0 comments Sabtu, Oktober 10, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Selepas 'tea break'...Aktiviti LDP ini disambung dengan teknik dan cara penuliasn rancangan mengajar yang betul.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Strength and Stability - Knowing The Shapes
0 comments Jumaat, Oktober 09, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Selepas itu, aku arahkan setiap kumpulan untuk membina satu binaan berkonsepkan sebuah bangunan yang cantik dan paling stabil dengan menggunakan bentuk-bentuk asas yang telah mereka bina tadi.
Rabu, 7 Oktober 2009
Malaysian Radio! V3
0 comments Rabu, Oktober 07, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Tips/Panduan Komputer
Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya ini. Sebagai tanda ucapan terima kasih, saya memperkenalkan kepada rakan-rakan semua tentang satu aplikasi mudah untuk mendengar radio secara 'online' sambil anda melayari internet atau sedang membuat kerja atau apa sahaja yang anda lakukan. Tapi dengan satu syarat...komputer anda mestilah 'connected' dengan internet.
Malaysian Radio V3...lebih mudah beroperasi berbanding V2 ...mendengar 'online' radio tanpa gangguan...Anda tidak perlu lagi menggunakan khidmat enjian carian seperti yahoo ataupun google untuk mencari pautan stesen radio yang menyediakan perkhimatan siaran 'online'. Malaysian Radio V3 telah siap sedia dengan senarai pelbagai stesen radio Malaysia yang porpular dari stesen RTM sehinggalah stesen swasta seperti Sinar,Era,Hot FM dan banyak lagi.
Ikuti langkah di bawah untuk memulakannya...
~SELAMAT MENDENGAR~
How To Install...
1. Download MRV3 first. Click here
2. Double clicks mr.zip file
3. Run (2x clicks) the octosetup.exe first to install the plug-in server.
2. Run (2x clicks) Malaysian Radio! V3 Setup.exe to install the program.
3. Enjoy! =)
Isnin, 5 Oktober 2009
Moon Phases
0 comments Isnin, Oktober 05, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Untuk melihat setiap fasa bulan ini, setiap orang orang murid mesti mengelilingi bola plastik (Bulan) mengikut 8 titik yang telah aku tandakan di atas lantai. 8 titik tersebut adalah kedudukan di mana murid akan melihat fasa-fasa bulan secara berurutan. Di akhir pembelajaran ini aku lihat murid-murid telah memahami bagaimana fasa-fasa bulan berlaku.Aku juga rasa puas hati kerana dapat menyampaikan sedikit ilmu ini dengan sempurna walaupun masih ada beberapa kekurangan dan gangguan.
Selasa, 29 September 2009
Biji Teratai...Pernah Makan...?
0 comments Selasa, September 29, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Pengalaman
Teratai...atau nama saintifiknya ialah Nelumbo nucifera juga disebut Lotus dalam Bahasa Inggeris. Juga di kenali dengan pelbagai nama lain seperti Indian lotus, sacred lotus dan bean of India. Tumbuhan akuatik ini sering tersalah sangka oleh kebanyakkan orang yang menganggap ianya adalah bunga telipuk atau dalam Bahasa Inggerisnya ialah Water Lily atau dalam saintifiknya disebut Nymphaeaceae. Kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza.
Perbezaan antara dua jenis tumbuhan ini ialah, teratai yang mana bunganya akan berada tinggi dari permukaan air manakala telipuk, bunganya berada di atas permukaan air.
Ok...bercerita tentang bunga teratai ni,aku berkesempatan makan buah teratai masa aku balik raya di kampung baru-baru ini. Pada sesiapa yang tak pernah nampak buah teratai,aku sertakan sekali gambarnya. Setiap pudung buah teratai mengandungi tidak kurang dari 30 iji teratai bergantung kepada saiz pudung. Makin besar pudung,makin banyak biji nya. Lama dah aku tak makan biji teratai ni. Teringat masa aku kecil-kecil dulu. Setiap hari,selepas tamat sekolah petang (sekolah agama),dalam perjalanan balik ke rumah,aku mesti berhenti di tepi parit bersama kawan-kawan aku untuk memetik buah teratai ni. Kekadang tu sampai penuh raga basikal dengan buah ni. Kami petik sama-sama,dah banyak,barulah kami bahagikan sama rata.
Berkenaan rasa biji teratai ni pula...rasanya manis. Itupun jika makan biji teratai yang sedang ranum. Kalau makan biji teratai yang masih muda...rasanya sedikit kelat. Kalau makan biji teratai yang tua pula...rasanya sedikit pahit. Seperti gambar di bawah...adalah contoh biji teratai yang ranum. Rasanya manis.
Bila aku makan biji teratai ni...terkenang kembali semasa zaman aku kanak-kanak dulu. Seronok petik buah teratai ni dengan kawan-kawan. Kekadang tu sampai bergaduh sebab berebut semasa memetik. Pernah juga kawan ku tergelincir masuk dalam parit gara-gara memetik buah teratai ni. Habis basah kuyup baju sekolah dengan air parit. Bila aku beri pada bini aku dan anak-anak aku...soalan yang di tanya kepada aku...buah ni tak beracun ke...?. Nak tergelak aku dengar. kalau beracun...dah lama aku mati sebab makan buah ni. Anak aku yang sulung...bila dah sekali rasa...terus suka makan buah ni sampai mengajak aku memetik buah ni lagi. Anak aku yang bongsu pulak...tak suka sebab bila nak makan isi biji teratai ni,kita kena gigit biji tu...bila gigit terasalah sedikit kelat getahnya. Aku rasa...ramai kanak-kanak zaman sekarang ni yang tak tahu bahawa biji teratai ni boleh di makan. Malah masih ramai juga yang tersalah anggap bahawa teratai ni adalah bunga telipuk...contoh paling dekat ialah bini aku sendiri. Dia ingat teratai ni hanya ada di luar negara....
Salam Aidilfitri 2009!
0 comments Selasa, September 29, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
So...macamana raya tahun ni...?. Bagi aku...raya tahun ni lah yang paling meletihkan. Apa tidaknya, seminggu cuti...seminggu tu le tak berhenti-henti 'drive' kereta...kalo berenti pun sebab tidor...ye lar...mana boleh bawa kereta masa tidor kan...?. Dari Selatan sehingga ke Utara...perjalanan mencecah hampir 1500km...ikut ukuran pada speedometer kereta aku ler...jauh kan...?
Serba sedikit pengalaman aku sempena menyambut Syawal tahun ini...
Sabtu 19/9-8.30 pagi bertolak dari rumah ke Parit Buntar. Berhenti di R&R Seremban menunggu adik ipar aku. Konvoi 2 buah kereta. 8.30 malam baru sampai Parit Buntar,buka posa pun kat susur keluar R&R Gunung Semanggol...Kawasan rehat...penuh sesak...so terpaksa parking tepi jalan susur keluar. Letih wooo..12 jam drive...jalan punyalah sesak tak payah nak citer lah.
Ahad 20/9- Beraya ke rumah sedara mara sebelah bini aku. Petang lak pegi rumah adik ipar aku kat Kulim.
Isnin 21/9- Beraya kat Penaga,Sg Dua (rumah sedara mara bini aku)..pastu terus ke Alor Setar rumah kawan aku dan Kuala Nerang rumah bapak saudara aku...2 pagi baru sampai rumah adik ipar aku kat Kulim.
Selasa 22/9- Dari Kulim terus ke Sg Besar (rumah bapak aku lak)
Rabu 23/9- Beraya kat Bagan Datoh...rumah sedara mara mak aku lak.
Khamis 24/9- Relaxs kat umah.
Jumaat 25/9- Beraya sekitar kampung aku.
Sabtu 26/9- Beraya kat umah kakak aku di Sekinchan,Tg karang dan terus ke rumah abang aku di Pulau Indah. 1.30 pagi sampai kat umah mentua aku di Rantau N.9. 2.30 pagi bertolak balik ke Kluang. Around 5 pagi sampai kat rumah aku- Lepas angkat barang...solat Subuh...terus tdor...celik2 je dah pukul 2 petang.
Pergghh...sampai hari ni masih lenguh-lenguh lagi badan...anyway aku lebih gembira melihat anak-anak aku seronok beraya sambil dapat duit raya!