Dalam perjalanan balik ke rumah pada hari Sabtu (16 Jan 2010) minggu lepas, selepas ambil modul OUM di JB...cadangan awal nak singgah ke Desaru...tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, so aku singgah sekejap di satu perkampungan yang penuh dengan sejarah ni. Hajat sebelumnya nak singgah ke taman buaya, tapi tak jadi sebab bila sampai depan taman buaya tu...tak jadi masuk sebab sekali lihat macam tak terurus je. Takut bila masuk nanti ada buaya terlepas jugak !!!.

Sedikit gambar kenangan semasa berkunjung ke Kota Lama Johor.

Tinggalan Kota Johor yang di bina daripada campuran tanah dan batu yang berkedudukan di atas tebing sungai yang sangat tinggi. Sebenarnya keluasan kota ini adalah besar lagi daripada yang dilihat. Ini kerana tebing kota yang lain adalah didalam kawasan tanah persendirian.




0 comments:
Catat Ulasan