Ahad, 31 Januari 2010

The Magic Of Yeast

1 comments

THEME : Investigating Living Things

L.A : 1.0- MICROORGANISMS

L.O : 1.1- Understanding That Microorganism Is A Living

Thing

L.O/C : At The End Of The Lesson, Pupils Will Be Able To

1.1.2- State That Yeast Is An Example Of

Microorganism.

1.1.3- State That Microorganism Breathes.

1.1.4- State That Microorganism Grows.

STRATEGY :

Set Induction :

1. Ingredients to make bread.

ACTIVITY :

1. Pupils discuss that yeast is a fungi, an example of microorganism.

2. Discuss how to make dough.

3. Observation the dough after 20 minutes.

SUMMARIES :

Conclusion that yeast is an example of microorganism.

SPS :

Observing, Communication


This activity is part from several activities in PEKA year 5. Pupils seem shock and surprised when see the dough that mixed with yeast expand until overflow the saucer. After discussions ,pupils understand that this yeast is either from life microorganism. Each living thing will be growing ,so that the dough mixed with yeast would be expanding.


Rabu, 20 Januari 2010

Kota Lama Johor

0 comments

Dalam perjalanan balik ke rumah pada hari Sabtu (16 Jan 2010) minggu lepas, selepas ambil modul OUM di JB...cadangan awal nak singgah ke Desaru...tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, so aku singgah sekejap di satu perkampungan yang penuh dengan sejarah ni. Hajat sebelumnya nak singgah ke taman buaya, tapi tak jadi sebab bila sampai depan taman buaya tu...tak jadi masuk sebab sekali lihat macam tak terurus je. Takut bila masuk nanti ada buaya terlepas jugak !!!.

Sedikit gambar kenangan semasa berkunjung ke Kota Lama Johor.

Tinggalan Kota Johor yang di bina daripada campuran tanah dan batu yang berkedudukan di atas tebing sungai yang sangat tinggi. Sebenarnya keluasan kota ini adalah besar lagi daripada yang dilihat. Ini kerana tebing kota yang lain adalah didalam kawasan tanah persendirian.

Pandangan hadapan pintu masuk Pusat Informasi Kota Johor Lama.
Kepada sesiapa yang tidak mengetahui di mana letaknya Kota Lama Johor...lihat peta Johor di atas.
Gambar keangan sebelum balik...kata orang...Jauh Perjalanan...Luas Pemandangan...dah alang-alang merantau ke tempat orang...apa salahnya kita teroka seluruhnya...supaya bila mana ada orang bertanya...senang kita menjawab kerana kita sudah sampai...

Sabtu, 9 Januari 2010

Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats

0 comments


Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats
(Open Office 2007 Files with office 2003)

Post ni mungkin sudah terlambat dan mungkin juga ramai yang tahu bagaimana nak buka fail-fail Office 2007 pada Office 2003 tanpa perlu membuat proses instali semula. Tapi tidak kurang juga yang masih belum mengetahui terutama kepada mereka yang masih belum terdedah kepada Office 2007. Kebanyakkan komputer baru terutama yang di bekalkan ke sekolah telah siap di 'install' dengan Microsoft office 2007. Kakitangan sekolah atau guru-guru yang menggunakan aplikasi Office 2007 ini akan sedikit keliru dengan perubahan susunan menu dalam aplikasi Office 2007 terutama dalam aplikasi yang sering digunakan seperti Word, Excel, PowerPoint, Publisher dan Excess. Kebanyakkan pengguna juga, seperti kebiasaan, untuk menyimpan fail-fail yang telah siap akan 'Save As' fail tersebut ke dalam folder yang dipilih. Kemudian, apabila fail itu ingin dibuka dengan komputer lain yang menggunakan Office 2003...fail tersebut gagal dibuka. Mengapa perkara ini berlaku...? Jawapannya ialah, Office 2007 menyimpan fail dalam format .docx, .pptx, .xlsx dan sebagainya. Format baru dari Office 2007 ini tidak dapat dibuka menggunakan Office 2003 ataupun versi Microsoft Office yang sebelumnya.

Penyelesaian bagi masalah ini, pengguna boleh menggunakan Microsoft Office 2007 Compatibility Pack bagi membuka fail dari Office 2007 dengan menggunakan samada Office 2003, Office XP, ataupun Office 2000. Penggna juga bebas mengubahsuai serta 'save' tersebut dalam format asal, iaitu format Office 2007.

Pengguna boleh 'download' Microsoft Office Compatibility Pack for Word, Excel, and PowerPoint File Formats melalui salah satu link di bawah;
Microsoft Official Website 1
Microsoft Official Website 2
Mirror
*** Sila baca arahan sebelum anda mula memuat turun.

Penyelesaian lain yang paling mudah ialah, apabila anda sedang menggunakan sebarang aplikasi Office 2007, semasa anda ingin menyimpan fail tersebut dengan menggunakan arahan 'Save As', pastikan anda memilih format 97-2003 Document. Sila rujuk gambar di bawah.
Gambar di atas adalah screenshot dari aplikasi Word yang boleh menjadi panduan untuk aplikasi yang lain seperti Excel, PowerPoin, Publisher, Excess dan aplikasi Office 2007 yang lain. Selepas itu, pengguna tidak akan menghadapi masalah lagi untuk membuka Office 2007 dokumen menggunakan Office 2003 ke bawah.

~Sharing To Caring~
~Selamat Berjaya~

Selasa, 5 Januari 2010

Komen Yang Biadap...Apa Pendapat Anda...?

3 comments



Aku baru jumpa komen @ pendapat ni dari forum Bicara Guru...kawan kita ni terbaca komen @ pendapat ni di laman web 1 Malaysia...Untuk membaca komen tersebut...pergi ke sini...KOMEN BIADAP

Bagi aku...agak keterlaluan dengan menghantar komen @ pendapat yang sedemikian rupa seolah-olah merujuk kepada semua guru (mungkin niatnya tidak)....aku...walaupun bukanlah jenis guru seperti yang di katakan seperti dalam komen tu...tapi sedikit tersinggung dengan komen tersebut kerana adanya perkataan keramat...GURU. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik...rosak susu sebelangga...
Tidak dinafikan terdapat segelintir guru yang bersikap begitu...tapi tak kurang juga ramainya guru yang lebih terbuka dan rela berkorban untuk murid-muridnya...ibu bapa muridnya...sekolahnya...guru besarnya...malah juga "pegawai atasan" yang turut mendapat nama. Bukanlah nak melenting dengan komen tersebut...cuma aku fikir Si Pengirim Komen tersebut kurang cerdik...jika rasa tak puas hati kepada guru tersebut...tak perlu nak hantar komen umum begitu...taipkan saja nama guru tersebut...nyatakan di mana guru tersebut bertugas...dan dengan jujur...sertakan sekali nama penuh Si Pengirim ni dan juga lokasi bertugasnya...barulah senang 'orang atasan' nak buat tindakan.
Bagi aku sekarang...golongan guru seperti aku@kita ni dah tidak lagi dihormati sepertimana ibu bapa kita dulu menghormati guru...siapa yang lebih dihormati sekarang....?, artis-artis,penipu-penipu senyap yang berjawatan...Guru tidak lagi di ingati setiap kali kejayaan demi kejayaan murid-muridnya...bila dapat 5A dalam UPSR...bila dapat 10A@11A dalam PMR...bila dapat 14A@15@@16A@17A@18A dalam SPM...sering ditanya...APA RAHSIA KEJAYAAN ADIK...?. Jawapan yang boleh diagak akan keluar ialah...kelas tuisyen....belajar sendiri...bantuan ibu bapa...belajar berkumpulan...jarang sekali nak menyebut nama guru sekolah mereka apa ntah lagi nak ucap terima kasih. Tapi bila murid itu gagal...tidak mencapai gred yang ditetapkan...nama guru akan mendapat tempat teratas untuk disalahkan...malangnya nasib guru ye...
Apa pun...bagi aku @ kita yang sentiasa berusaha keras mendidik anak bangsa kita ni...yang sentiasa menurut apa yang diperintahkan oleh ketua kita tanpa sebarang syarat...yang rela meninggalkan suami@isteri dan juga anak-anak untuk tidur di sekolah bersama-sama murid-murid...dan juga yang sanggup berkorban apa saja...kita teruskan saja usaha murni kita ini...InsyaALLAH balasan yang setimpal DISANA nanti menanti kita...


Isnin, 4 Januari 2010

Aquaria KLCC...Jalan-Jalan Tengok Ikan....

0 comments

Cerita semasa cuti persekolahan baru-baru ni. Dah hujung-hujung cuti baru aku sempat membawa anak-anak aku pergi makan angin...itupun sempat pergi Aquaria KLCC je tengok ikan. Bukan main gembira anak-anak aku dapat tengok ikan besar-besar...hidup lagi pulak tu.

Kebetulan aku singgah rumah kakak aku...aku bawa lah sekali anak-anak dia...maklumlah anak-anak tiada bapa...jadi tak sampai hati pulak aku nak tinggal memandangkan anak-anak aku dah bercerita dengan sepupu sepapatnya tu nak pergi tengok ikan.
Lepas tengok ikan...lepak kejap di Dataran Merdeka...teringat masa aku bujang-bujangan dulu...sinilah 'port' aku ngan kawan-kawan berehat selepas tamat waktu kerja...


Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top