Telah berlalu hari yang pertama dalam Ramadhan 1431H tahun ini....
Rabu, 11 Ogos 2010
Ramadhan Yang Pertama....
0 comments Rabu, Ogos 11, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ucapan
Selasa, 10 Ogos 2010
Ramadhan Kembali Lagi....
0 comments Selasa, Ogos 10, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ucapan
Ramadhan 2010 kembali lagi....1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010M...rasanya seperti baru selesaikan menjalani ibadah puasa yang lau...tahun ini bulan yang penuh dengan keberkatan ini kembali lagi. Sambutan pastinya akan dimulai dengan solat tarawih di masjid-masjid atau di surau-surau.
Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak
&
Selamat Menjalani Ibadah Puasa....
Rabu, 4 Ogos 2010
Kelas Malam Intensif....
0 comments Rabu, Ogos 04, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Ahad, 11 Julai 2010
MSL-Selangor vs Kelantan
0 comments Ahad, Julai 11, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Kesempatan pulang ke kampung minggu lepas memberi peluang kepada aku untuk ke Stadium Shah Alam untuk melihat perlawanan secara 'live' antara Selangor dan Kelantan selepas lebih 13 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke stadium tersebut. Jika 13 tahun dulu semasa aku bekerja di Shah Alam...memang tiap kali ada perlawanan aku tidak akan ketinggalan untuk ke stadium...kira penyokong fanatik juga lah ni.
Walaupun berlaku sedikit kekecohan antara penyokong Selangor dan Kelantan...namun sedikit pun tidak menganggu persembahan antara kedua-dua pasukan. Dari apa yang aku lihat dan dapat simpulkan...persembahan Selangor kurang memuaskan tidak seperti ketika mereka membenam N. Sembilan 4-2 dulu dan juga beberapa persembahan mereka yang lain. Mungkin akibat cuti yang panjang agaknya. Keputusan berkesudahan dengan jaringan 1-1.
Apapun...aku juga turut gembira kerana dapat memberikan sokongan secara 'live' kepada pasukan kesayangan aku selepas 12 tahun tidak menonton aksi mereka secara 'live'.
Khamis, 8 Julai 2010
Changing States Of Matter
0 comments Khamis, Julai 08, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Apa Yang Aku Ajar ?.
Dah lama tak pos entri dalam blog ni. Kesibukan dan kemalasan tahap gaban yang melanda....
Entri kali ini saja nak share P&P yang telah aku jalankan dalam subjek Sains tahun 5 iaitu perubahan keadaan bahan (changing States Of Matter) yang mana dalam P&P kali ini murid akan menajalankan eksperimen untuk melihat perubahan keadaan bahan seperti pengewapan, kondensasi, peleburan dan pendidihan.
Dalam eksperimen ini murid diberi panduan untuk mengenal pasti perubahan-perubahan keadaan bahan yang berlaku seperti ;
- pengewapan - perubahan di mana cecair menjadi gas
- kondensasi - perubahan di mana gas menjadi cecair
- pendidihan - proses pemanasan cecair
- peleburan - perubahan di mana pepejal menjadi cecair
Di akhir pembelajaran ini murid seharusnya dapat menjelaskan proses perubahan bahan yang berlaku semasa dan selepas eksperimen.
Seperti biasa...setiap P&P yang melibatkan aktiviti akan cepat meransang keinginan murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan akan menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan.
Langgan:
Catatan (Atom)

r



