Ahad, 31 Oktober 2010

Hari Karnival Ko-Kurikulum SK Kahang 2010

0 comments


Penat tak hilang lagi...maklumlah baru sehari selepas hari karnival. Apapun...walaupun pada awal persiapan gerai memang sangat meletihkan...namun atas semangat dan tanggungjawab yang di amanahkan...tetap diteruskan sehingga ke petang...semua gerai ditutup selepas pukul 5 petang. Bila depan kamera...kenalah tunjuk wajah ceria.

Anak-anakku juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan pakaian beragam. Yang sulong memakai pakaian bertemakan "Princess" dan yang bongsu bertemakan "Pejuang Negara"...nasib baik menang...jika tidak...terpaksalah aku belikan hadiah....


Khamis, 28 Oktober 2010

Bila Lepas Periksa....

0 comments

Senario biasa bagi aku dan juga kebanyakkan guru-guru lain...bila habis saja peperiksaan...macam biasalah...kena tanda pulak untuk dapatkan nilaian prestasi murid. Bagi aku di sini...buku adab belajar masih diguna pakai...juga kena isi. Kalau tarikh akhir penghantaran markah cepat...maka terpaksalah bersengkang mata menanda. Ataupun jika ada program atau majlis lain selepas peperiksaan...kekadang sampai tak cukup tangan nak buat. So...siapa yang kata kerja guru tu senang...waktu kerja sekerat hari...balik rumah boleh relaks...sememangnya anggapan itu silap. Anggapan mereka itu hanya benar jika melihat beban tugas guru yang malas....

Teringat zaman aku bekerja sebagai juruteknik komputer dulu...keje memang kene on time siap...sama lah juga...kekadang sampai stay back dan over nite kat opis...tapi tak pe sebab masa lebih tersebut dikira sebagai overtime...kerja guru...masa lebih macam sekarang...sekadar komitmen ikhlas je...apa pun aku tetap anggap kerja lewat ni tetap dibayar kerana...setiap kali cuti persekolahan...jika tiada panggilan kursus kemana-mana...aku juga turut bercuti...dan gaji tetap dibayar seperti biasa...itulah upah overtime aku sebenarnya...Alhamdulillah....

Rabu, 27 Oktober 2010

Misteri imej wanita guna telefon bimbit pada 1928

0 comments

IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit

LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia."Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi

Dipetik dari
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1028&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm


Selasa, 26 Oktober 2010

CAMP AT SEDILI DAMAI RESORT

0 comments


Lokasi Sedili Damai Resort

Camp At Sedili Damai Resort selama 2 hari 1 malam mengiringi murid-murid tahun 6 seramai 40 orang dengan menaiki 12 buah kereta guru. Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi pendedahan lebih lanjut tentang ilmu-ilmu perkhemahan dan sara diri kepada murid tahun 6 sebagai persediaan melangkah ke sekolah menengah tidak lama lagi. Mula bertolak dari sekolah sekitar jam 8.00 pagi yang melalui jalan Kluang - Mersing dan sampai ke Sedili Damai Resort sekitar jam 12 tengah hari.


 
Sewaktu berhenti rehat di kawasan rehat Bandar Tenggara



 Setelah tiba di lokasi....

Selepas semua murid di serahkan kepada fasilitator Sedili Damai Resort...kamipun menjalankan kwajipan bersama.....


Cari bahan BBQ dan makan time...

 Jalan di pantai....

 Jumpa hidupan pelik...apa ni...?ada yang kata lintah laut...

Aku dan rakan guru yang lain dapat jugaklah relax sikit sebab semua urusan pengendalian murid telah diambil alih oleh pihak pengurusan resort....








Jumaat, 22 Oktober 2010

SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN

0 comments

Khas untuk semua Kakitangan Awam...sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010

"Penyata Gaji Bulanan,Penyata Pendapatan Tahunan dan Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan mulai OKTOBER 2010 tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada pengguna"

Semua maklumat seperti Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan tahun semasa hingga Jun tahun berikutnya boleh dimuat turun dari sistem.

PERINGATAN

Setiap pengguna berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Maksudnya...No I.C/Passport dan juga Kata Laluan pengguna adalah rahsia sebagaimana anda menyimpan nombor pin kad bank anda.

Bagi pengguna yang masih belum mendaftar...sila baca tatacara pendaftaran dan penggunaan sistem ini.


Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010

Tatacara pendaftaran dan penggunaan sistem ini.

 

Sabtu, 9 Oktober 2010

Malaysian Radio! V4

0 comments

Selepas pelancaran Malaysian Radio V3...kini muncul versi baru...Malaysian Radio V4. Seperti Malaysian Radio V3...MRV4 ini juga telah siap sedia dengan senarai pelbagai stesen radio Malaysia yang popular dari stesen RTM sehinggalah stesen swasta seperti Sinar,Era,Hot FM dan banyak lagi.



Muat turun MRV4 sekarang!!!!

Ikuti langkah pemasangan di bawah untuk memulakannya...

~SELAMAT MENDENGAR~

How To Install...

1. Download MRV4 first. Klik disini

2. Double clicks MalaysianRadioV4BlackEdition.zip file

3. Run (2x clicks) the octosetup.exe first to install the plug-in server.

2. Run (2x clicks) Malaysian Radio! V4 (Black Edition) Installer to install the program.

3. Enjoy! =)

Sabtu, 2 Oktober 2010

Sikap Pelajar Sekarang...Salah Guru Mendidik...Salah Didikan Ibu Bapa...Salah Alam Persekitaran...Atau Salah Diri Sendiri...?

2 comments

Salah Siapa Perlakuan Yang Begitu Biadap Ini Berlaku...?
Setelah sekian lama tidak memasukkan entri-entri terbaru atas kesibukan...entri kali ini adalah berkenaan gambar di atas yang aku copy dari sebuah forum yang aku sertai dan juga terdapat dalam beberapa pengguna  facebook. Bukan nak komen tentang tingkah laku biadap pelajar di atas...cuma sekadar merenung diri sendiri yang juga sebagai seorang guru...juga sebagai bapa kepada anak-anak...juga sebagai penghuni alam yang penuh cabaran ini....apakah semua faktor di atas penyebab berlaku perlakuan biadap ini atau bagaimana perlakuan biadap ini boleh berlaku...?

Semoga kita semua sebagai guru...sebagai ibubapa...sebagai penghuni di muka bumi ini dilindungi dari perlakuan - perlakuan yang biadap....amin...

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top