Apa yang hendak diutarakan di sini adalah secebis pengalaman dan kenangan selama bergelar manusia yang telah bercampur dan bergaul dengan pelbagai jenis manusia dan bangsa. Cina, India, Kadazan malah suatu ketika dahulu hinggalah sekarang aku masih mempunyai 2 orang kawan berbangsa Inggeris. Walaupun tidak pernah bersua muka, namun dengan kecanggihan teknologi maklumat zaman ini masih membolehkan aku berhubung dengan mereka jika ada kelapangan samada melalui e-mail ataupun ym. Dan apa yang ingin aku ceritakan di sini bukanlah mengenai sikap-sikap kawan-kawan aku ini tetapi lebih kepada sikap-sikap manusia yang ada di sekelilingku keseluruhannya.
Ramai manusia...banyak ragam. Sedari aku di bangku sekolah sehinggalah aku bergelar seorang guru...jika bercerita tentang sikap...memang tak kan habis. dan aku juga bukanlah tergolong dalam golongan manusia yang 'perfect'. Masih juga ada kesilapan dan kecuaian. Seorang penulis dari jiran negara jiran pernah berkata "Jangan sampai terperosok dua kali pada lubang yang sama". Maknanya, sebodoh-bodoh manusia, jangan sampai mengulangi kesalahan yang sama. Ungkapan ini yang aku ambil dan amalkan agar aku tidak di label sebagai manusia bodoh oleh orang lain. Namun, di luar sana...masih lagi ramai manusia yang rela di label sebagai bodoh kerana sering melakukan kesalahan dan kesilapan yang sama. Secara sedar atau tidak...itulah kelemahan kita sebagai manusia termasuk aku sendiri.
Pernah di suatu hari, ketika itu aku bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah bangunan yang menempatkan anak syarikat milik kerajaan Negeri Selangor. Seorang pegawai ronda telah memberi taklimat rutin sebelum semua anggota pengawal memulakan tugas di lokasi masing-masing. Antara perkataan yang masih lagi aku ingat dan tidak akan lupa ialah bila mana dia memberi amaran kepada semua anggota pengawal, sesiapa yang ditangkap kerana curi tulang ketika bertugas akan dibuang kerja. Tiada maaf-maaf dan tiada tolak ansur. Bagi aku, aku terima amaran ini kerana aku bukan jenis yang suka curi tulang ketika bertugas. Hari berganti hari manjangkau minggu sehinggalah bulan, amaran pegawai ronda tersebut masih lagi aku ingat. Suatu malam,ketika aku baru saja tamat syif siang,aku bersama rakanku (Abang Din) seperti biasa akan pergi ke Kompleks PKNS untuk membeli makanan. Sedang leka berjalan-jalan,aku terpandang seorang lelaki yang amat aku kenali...aku dan Abang Din menegur lelaki tersebut. Tanpa rasa bersalah dan dengan selamba lelaki itu berkata "Engkau orang ponteng kerja ke ?". Sedap mulut je cakap kami ponteng kerja. Abang Din pun tanya lelaki tu...mengapa dia ada kat sini sedangkan waktu sekarang sepatutnya dia menjalankan tugas meronda di kawasan rondaan. Terus saja lelaki itu menjawab, "Aku pegawai ronda,aku boleh meronda di mana-mana aku suka". Siapa lelaki itu, dialah pegawai ronda yang memberi amaran dulu. Nah!...sekarang dia di mana...?Adakah perbuatannya ini bukan boleh dikelaskan kepada curi tulang. Kalau betul dia meronda...mengapa dengan berpakaian biasa...?Selang beberapa hari selepas itu,Abang Din ditukarkan lokasi kerja kerana mempertikaikan tindakan pegawai ronda tersebut. Sebelum Abang Din melangkah keluar dari bangunan tersebut, sempat dia berpesan..."Umur kau masih muda...jangan jadikan kerja ini sebagai penamat bagi punca rezeki kau. Jadilah manusia yang berdiri atas kaki sendiri, jika kau salah, mengaku salah. Jangan gunakan kedudukan kau untuk menyalahkan orang lain". Pegawai ronda tersebut telah memutar belitkan cerita sehingga menyebabkan Abang Din ditukarkan ketempat lain. Semua orang tahu ketika itu bahawa pegawai ronda ini memang suka mengampu dan menjadi orang kepercayaan 'bos' kami. Nilaikan sendiri...sikap manusia ini....
Kisah berikutnya....mengenai seorang "ketua" di mana aku pernah berada di bawahnya suatu ketika dahulu yang aku rasa tidak salah jika aku gambarkan sebagai terlalu angkuh dan sombong yang mempunyai beberapa orang kepercayaan. Banyak kisah dan perlakuan "ketua" ini yang aku catatkan dalam buku notaku yang mana "Cakap tak serupa bikin,Bikin tak serupa cakap". Aku masih ingat ketika dalam suatu mesyuarat..."ketua" ini berkata...semua orang mesti makan bersama-sama dalam waktu yang sama. Dengan cara ini boleh mengeratkan talian persahabatan antara kita. Lihat pada ayat...memang boleh jadi motivator...! Dan apa yang dibuatnya...untuk dia dan konco-konconya...makan berhidang...duduk di meja yang berasingan...khas untuk dia. Pendapat aku...seharusnya...untuk mengeratkan persahabatan...mestilah bermula dari atas..."ketua" tersebut sepatutnya duduk bersama-sama kami...makan bersama-sama kami...barulah orang lain akan menurut. Bila orang lain tidak menurut...(aku ler...)...akan di label sebagai melawan. Dan wujudlah pelbagai 'tembakkan rambang' yang mengenai aku...
Kisah terakhir 'ketua' tadi yang sering mengangkat dengan tinggi pencapaian seorang 'teman' ku...cikgu ni rajin...cikgu ni bagus pengajarannya...cikgu ini cemerlang dalam tugasnya...dan berdesup-desup lagi pujian melangitnya...tapi apabila datang samada nazir atau ppd ke sekolah untuk membuat pemantauan...rakan ku juga yang menjadi balaci untuk di'observe' oleh geng-geng pemantau ni tadi. Mengapa tidak 'teman' ku yang cemerlang tu...? Inilah dia yang di namakan "Cakap Tak Serupa Bikin...Bikin Tak Serupa Cakap". Sememangnya 'ketua' itu dah tahu bahawa 'teman' ku ini hanya cemerlang di depannya sahaja...tetapi tidak di luar. You dah kata dan promote 'teman' ini sebagai cemerlang, sepatutnya you promotelah dia pada nazir-nazir atau pegawai pemantau yang datang supaya semua orang lain boleh lihat kecemerlangannya...bukan setakat "Cakap Dalam Bakul" je....
Dan kisah yang paling akhir...berkenaan seorang lagi 'ketua' aku...bila bercakap seolah-olah dia lah penjawat awam yang paling berintergriti...walhal pada hakikatnya...dia lah yang paling banyak buat 'inti'. Jangan sambil lewa ketika mengajar...masuk kelas tepat pada waktunya...buku latihan mesti ditanda...bala...bla..bla..bla...pum...pang...pum...pang...last-last bila aku minta fail induk PBS sebab pelawat PBS datang untuk memantau...mengelabah salahkan orang lain sebab tak sediakan fail tu. Apa jenis manusia la...bidang tugas sendiripun tak tahu. Pernah suatu ketika 'ketua' ni keluarkan statement yang aku nak rembat komponen laptop kerajaan...ape ingat aku tak duit ke nak beli?. Aku cakap dengan 'ketua' ini...you pandai cakap begitu...so you kena buktikan...mana bukti...?Kelu lidah 'ketua' ni nak jawab...
Dan sebenarnya banyak lagi kisah-kisah pengalamanku yang berkaitan dengan tajuk ni...inilah senario kehidupan seharian kita sebagai manusia...bagi aku...dari apa yang aku nampak dan alami...orang yang selalu bercerita dan mengingatkan kita tentang sesuatu perkara yang sebenarnya kita dah tahu dan ingat...orang itulah yang selalu lupa tentang dirinya.
Selasa, 25 Ogos 2009
Cakap Tak Serupa Bikin,Bikin Tak Serupa Cakap
Selasa, Ogos 25, 2009 Posted by Cikgu SelamatLabels: Pengalaman
Tajuk yang sangat sinonim dengan kehidupan seharian yang diambil dari longhat masyarakat cina apabila berbahasa Melayu. Masyarakat kita (Melayu) sangat kaya dengan pelbagai adat resam dan tinggi sopan santunnya. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan malah telah diketahui ramai orang. Namun,adakah ini layak diagungkan untuk masyarakat Melayu hari ini...?Tepuk dada tanya mata...kerana mata yang melihatnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan