Rabu, 22 Disember 2010

Jom Layan Video...

0 comments

Petikan video dari pelbagai aksi yang memaparkan siri kegagalan manusia dalam beberapa aktiviti. Ada yang sedih...tragis...kelakar dan sebagainya. Layanzzz.......



Selasa, 21 Disember 2010

Setinggan...1981

0 comments

Sinopsis :
Penduduk kawasan setinggan menjadi mangsa gangguan hantu dari sebuah kubur tentera jepun yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua dahulu. Antara yang menjadi mangsa gangguan ialah keluarga pak Sudin. Burn dan seorang yang mempunyai 3 orang anak gadis. Sebelum ini kampung setinggan yang dibangunkan di kawasan yang dipercayai bekas kubur tentera Jepun itu, aman damai dengan penduduknya saling bekerjasama. Tapi sejak akhir-akhir ini hantu-hantu dari kubur itu merayau dan menggangu penduduk kampung.

Screenshot filem Setinggan

Filem lama yang diarahkan oleh Datuk Aziz Satar pada tahun 1981. Lama tak layan filem-filem lama...sekali layan...best juga. Kali terakhir aku layan filem ni masa aku sekolah rendah dulu rasanya. Maklumat lanjut tentang filem-filem melayu boleh rujuk di sini :


Jumaat, 26 November 2010

Google Desktop - Info When You Want It, Right On Your Desktop

0 comments

Apakah Google Desktop....?
Google Desktop menjadikan pencarian komputer anda semudah mencari sesebuah laman web dengan Google. Google Desktop merupakan aplikasi carian komputer yang menyediakan pencarian teks penuh mengenai e-mel anda, fail-fail, muzik, gambar-gambar, chat, Gmail, laman-laman web yang anda telah lihat , dan banyak lagi. Google Desktop meletakkan maklumat anda dengan mudah dalam jangkauan anda dan membebaskan anda dari  mengelolakan fail-fail, e-mel dan penanda buku anda secara manual. 
Google Desktop
 Google Desktop juga membantu anda untuk mengumpul maklumat terbaru baru dari web ini dan hanya perlu mengorganisasikannya dengan gajet-gajet di sidebar. Google Gadgets boleh ditempatkan di mana saja pada skrin komputer anda yang akan memberitahu anda mengenai e-mel baru, cuaca, gambar-gambar, berita-berita dan banyak lagi. Sidebar ialah satu bar tegak pada komputer meja anda yang digunakan untuk meletakkan gajet-gajet pilihan anda.

Google Desktop Gadgets
Pengguna boleh menambah dan membuang gajet-gajet dalam Google Sidebar ini. Untuk menambahkan gajet sedia ada...anda hanya perlu klik pada simbol tambah yang terletak di atas bar menegak tadi (rujuk gambar). Sesudah itu...tetingkap pelbagai jenis gajet mengikut kategori-kategori tertentu akan muncul. Apabila anda halakan anak panah tetikus anda ke sesuatu gajet tadi akan timbul satu butang download. Klik dan tunggu sebentar...gajet tadi akan keluar di desktp anda. Untuk membuang gajet yang tidak diperlukan...hanya halakan pointer tetikus  anda ke arah gajet dan tekan butang pangkah (X).
Google Desktop dengan custom gajet yang telah aku pasang.
Maklumat lanjut mengenai perisian ini boleh lihat di http://desktop.google.com/features.html dan untuk memuat turun perisian ini secara percuma boleh klik di http://desktop.google.com. Google Desktop ini bersesuaian dengan OS Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Isnin, 22 November 2010

Salt Water Crocodile Nest - Sarang Buaya Tanjung Langsat

0 comments


Tempat yang aku kunjungi pada hari Ahad lepas. Tarikan baru yang menempatkan buaya-buaya air masin atau buaya tembaga. Sangkar yang dibina berkonsepkan habitat sebenar haiwan pra sejarah ini terletak di hutan paya bakau Tanjung Langsat.

Konvoi bersama member-member Citra Club

Anak-anakku bergambar di hadapan patung buaya di pintu masuk sangkar
Sekitar Kawasan Dalam Sangkar

Pintu masuk dan pintu keluar






Khamis, 18 November 2010

Back To The Future Part II

0 comments

Back To The Future Part II - 22 November 1989 (USA)
Sambungan di mana filem Back To The Future berakhir, Marty McFly and Dr Emmett "Doc" Brown menggunakan mesin masa DeLorean merentasi perjalanan ke tahun 2015. Semasa di sana, Biff Tannen mencuri Delorean. Lepas tu apa jadi....lebih baik tonton sendiri.



Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top