Ahad, 21 Mac 2010
Sesi Teh Tarik Bersama Citra Club Johor
0 comments Ahad, Mac 21, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Rabu, 17 Mac 2010
Hujan Turunlah...
2 comments Rabu, Mac 17, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Pengalaman
Sejak dari raya cina lepas...sedikit dugaan telah ALLAH berikan kepada penduduk Malaysia ni terutamanya penduduk di sekitar Kluang dan juga masyarakat di sekeliling kampung aku tinggal ni. AIR...itulah perkataan keramat yang diungkapkan sejak 7 hari lalu di mana sejak hari Khamis (11hb Mac) minggu lepas,bekalan air telah mula dicatu...sehinggalah pada tengah hari Jumaat (12hb Mac) bekalan air kembali pulih tapi hanya untuk bekalan umat Islam menunaikan solat Jumaat...lepas tu bekalan air mula dicatu sehinggalah petang semalam...Selasa (16hb Mac) dan hari ini Rabu (17hb Mac) bekalan air kembali pulih seperti sediakala. Selama beberapa hari tiada bekalan air...memang betul-betul perit. Minum...memang tak ada masalah sebab boleh beli air tapis (walaupun mahal,tapi terpaksa)...masalah hanyalah untuk mandi, basuh baju dan lebih seksa bila buang air...Alhamdulillah...tengah hari tu, lori SAJ sampai untuk hantar bekalan air. Dapatlah air untuk minum dan mandi. Semua penghuni kuarters guru ni mengeluarkan segala jenis bekas yang boleh menakung air termasuk kawan aku ni yang menggunakan laci almari (plastik)...tak kisah...janji boleh takung air!.
Petang tu pula, ALLAH beri lagi nikmat. Bekalan air kembali pulih seperti sedia kala sehinggalah hari ini. Esok tak tahu lagi macamana....hujan turunlah....
Sabtu, 13 Mac 2010
Mengubah Icon Blogger Di Address Bar
0 comments Sabtu, Mac 13, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Tips/Panduan Komputer
Logo B di sebelah sudah tidak asing lagi bagi pengguna internet yang mempunyai blog dari blogspot. Seringkali apabila kita melayari sesebuah blog dari blogspot, logo B tersebut akan keluar di sebelah kiri address bar seperti di bawah.
Mungkin ramai pengguna telah mengetahui bahawa logo B tersebut sebenarnya boleh digantikan dengan sebarang logo yang kita kehendaki dan apa yang dipaparkan di sini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Namun bagi pengguna yang tidak tahu, ini adalah suatu ilmu baru yang sangat berguna.
Sebagai contoh, lihat gambar di bawah, saya telah menggantikan logo B dengan logo wajah saya. Perhatikan perbezaan di sebelah kiri address bar gambar di atas dengan gambar di bawah.
Bagaimana untuk menukar logo tersebut...?. Bagi pengguna yang dah "pakar" dengan blogspot ni...ilmu ini 'kacang' saja. Namun, sebagai panduan kepada pengguna yang 'nubis'...cara yang akan saya terangkan nanti boleh dijadikan sebagai panduan.
Pertama sekali sebelum memulakan menukar logo standard B tersebut, pengguna mestilah mencari atau mengenal pasti gambar yang di kehendaki. Sebagai contoh, saya telah memilih logo sekolah saya sebagai ganti kepada logo standard. Kemudian, gambar tersebut harus di ubah formatnya kepada format *.ico (icon) kerana logo pada address bar hanya menyokong imej dalam format ikon sahaja dengan saiz yang kecil. Untuk mengubah format imej supaya menjadi ikon amat mudah. Pengguna boleh melakukannya secara 'online' dengan melayari web Favicon Generator ini. Pengguna hanya perlu mengikuti setiap arahan yang diberikan dalam laman tersebut dengan betul.Kedua - Setelah berjaya menukar imej ke format ikon,pengguna hanya perlu 'uploadkan' ikon tersebut mana-mana laman yang menawarkan khidmat penyimpanan dan perkongsian imej seperti photobucket, fileden dan sebagainya. Setelah itu, 'login' ke akaun blog anda dan pergi ke Layout dan klik pada Edit HTML.
Ketiga- Dalam kod html tersebut, cuba cari kod di bawah ini...
Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.
~Selamat Mencuba~
Sabtu, 27 Februari 2010
10 Kejadian Letupan Pelik
0 comments Sabtu, Februari 27, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Relax...Santai
Sekadar sebagai pengetahuan dan juga renungan bagaimana 10 kejadian letupan aneh yang tidak sepatutnya berlaku. Terdapat juga letupan ini yang telah menyebabkan kematian kepada mangsa.
Seekor ikan paus yg ditangkap untuk tujuan penyelidikan tiba-tiba meletup di seatang jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai
itu dibawa ke Tainan, meletup dengan tiba-tiba disebabkan tekanan yang kuat kesan dari pengumpulan gas yang terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit.
2- Rokok Meletup
Berlaku di Indonesia. Seorang lelaki kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yg dihisapnya meletup. Andi Susanto yang berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut.Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok.
3- Ipod Meletup
Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dan dengan sepantas kilat dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi 'pop'.
4- Laptop Meletup
Berlaku ketika satu persidangan di Jepun, sebuah laptop tiba-tiba meletup. Pemilik laptop tersebut bernasib baik kerana tidak betada di depan laptop ketika letupan berlaku.
5- Jamban Meletup
Pelik...sebuah jamban boleh meletup?...Kejadian ini berlaku kepada John Jenkins, 53 sebaik saja dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..Akibat kejadian ini, lelaki ini menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kakinya mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yang bocor di bawah jamban ini menyambar dan meletup...
6- Kerusi Pejabat Meletup
Bagaimana sebuah kerusi boleh meletup ?. Berdasarkan sumber-sumber yangg diceritakan,kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yang berada di bawah kerusi tersebut. Silinder gas tersebut digunakan untuk memudahkan kerusi itu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Kejadian ini menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut bila mana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.
7- Chewing Gun
Yang ini lagi satu cerita tak masuk akal. Seorang pelajar yang berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas saudara maranya mendengar satu bunyi 'pop' yang kuat. Saudara maranya terkejut apabila mendapati Vladimir mengalami luka teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gun yg mengandungi satu bahan kimia yg tidak dikenali.
8- Handset Meletup
Ini salah satu kejadian yang biasa kita dengar, di Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon bimbit ni meletup. Bagaimanapun cerita ini berlaku di China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletup. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yg baru dicas ke dalam henfonnya, dia meletak henfon tersebut ke dalam poket, dan henfon tersebut terus meletup. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan arteri utama.
9- Dedoran Meletup
Seorang remaja cedera selepas dia baru saja men'deoderan'kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospitaluntuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah.
10- Mesin Basuh Meletup

Kejadian ni berlaku apabila soranglelaki bernama Glenn Johnson mencampurkan gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris yang melekat pada bajunya. Menurutnya lagi, dia sudah 25 tahun mengpraktiskan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia mencampurkan detergen, air dan sedikit gasolin untuk tujuan tersebut. Menurutnya,"petua' tersebut dipelajari dari ayahnya. Naun dia mengaku dia bahawa telah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas-gas gasolin yangg terbebas keluar dari mesin basuh itu yang mungkin menyebabkan terjadi letupan.
Jumaat, 19 Februari 2010
Dataran Seremban....
0 comments Jumaat, Februari 19, 2010 Posted by Cikgu SelamatLabels: Ceriteraku...
Sempena cuti umum Tahun Baru Cina baru-baru ni, aku berkesempatan pulang ke kampung mertuaku di Rantau Negeri Sembilan. Kebetulan adik ipar aku dari Perlis juga pulang ke kampung, jadi aku bersama biras aku menunggunya di Terminal One Seremban. Apabila sampai di lampu isyarat berhampiran dengan Terminal One...terpegun kejap aku melihat keindahan gemerlapan lampu-lampu neon di sebuah dataran...dah lama aku tak keluar ke Seremban waktu malam...rupa-rupanya dah ada taman riadah ala-ala Dataran Merdeka yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban ni....so akupun singgahlah kat dataran ni sementara menunggu bas yang adik ipar aku naik sampai.
Langgan:
Catatan (Atom)

