Sabtu, 27 Februari 2010

10 Kejadian Letupan Pelik


Sekadar sebagai pengetahuan dan juga renungan bagaimana 10 kejadian letupan aneh yang tidak sepatutnya berlaku. Terdapat juga letupan ini yang telah menyebabkan kematian kepada mangsa.

1- Ikan Paus 50 Tan Meletup




Seekor ikan paus yg ditangkap untuk tujuan penyelidikan
tiba-tiba meletup di seatang jalan di Taiwan pada tahun 2004 mengejutkan pejalan kaki dan orang sekeliling yang berada berdekatan. Ikan paus sperma yang mati di pantai
itu dibawa ke Tainan, meletup dengan tiba-tiba disebabkan tekanan yang kuat kesan dari pengumpulan gas yang terbentuk di dalam badan ikan paus terbabit.








2- Rokok Meletup

Berlaku di Indonesia. Seorang lelaki
kehilangan 6 batang gigi dan mendapat 51 jahitan di mulut selepas sebatang rokok yg dihisapnya meletup. Andi Susanto yang berumur 31 mengatakan kejadian itu berlaku apabila dia sedang menghisap sebatang rokok sambil menunggang motosikal. Dia kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak USD535 kira RM2000 daripada syarikat pengeluar rokok tersebut.Akibat kejadian itu, Andi berniat untuk berhenti merokok.



3- Ipod Meletup
Pemilik ipod ini, Ken Stanborough, 47 mengatakan ipod yang dipakainya mengeluarkan bunyi pelik dan berasa semakin panas. Kemudian mengeluarkan asap, dan dengan sepantas kilat dia melontar ipod itu, tak sampai 30 saat ipod tu meletup dengan mengeluarkan bunyi 'pop'.




4- Laptop Meletup







Berlaku ketika satu persidangan di Jepun, sebuah laptop tiba-tiba meletup. Pemilik laptop tersebut bernasib baik kerana tidak betada di depan laptop ketika letupan berlaku.









5- Jamban Meletup





Pelik...sebuah jamban boleh meletup?...Kejadian ini berlaku kepada John Jenkins, 53 sebaik saja dia menyalakan rokoknya, lobang tandas tu meletup..Akibat kejadian ini, lelaki ini menyaman sebuah syarikat arang dan kontraktor tempatan atas tuduhan cuai. Saman itu menyatakan muka, leher, lengan dan kakinya mengalami lecur selepas rokok yg dinyalakan oleh Jenkins membuatkan gas metana yang bocor di bawah jamban ini menyambar dan meletup...







6- Kerusi Pejabat
Meletup
Bagaimana sebuah kerusi boleh meletup ?. Berdasarkan sumber-sumber yangg diceritakan,
kerusi ni meletup disebabkan silinder gas yang berada di bawah kerusi tersebut. Silinder gas tersebut digunakan untuk memudahkan kerusi itu naik turun. Apabila silinder tu dalam tekanan tinggi, ianya boleh meletup! Kejadian ini menyebabkan seorang budak lelaki 14 tahun maut bila mana besi yang tercabut akibat letupan itu mengenai rektum budak tu menyebabkan dia mati serta merta.

7- Chewing Gun

Yang ini
lagi satu cerita tak masuk akal. Seorang pelajar yang berusia 25 tahun, Vladimir Likhonos, mati di rumah ibu bapanya selepas saudara maranya mendengar satu bunyi 'pop' yang kuat. Saudara maranya terkejut apabila mendapati Vladimir mengalami luka teruk di rahang. Menurut pihak forensik, Vladimir telah memakan chewing gun yg mengandungi satu bahan kimia yg tidak dikenali.




8- Handset Meletup
Ini salah satu kejadian yang biasa kita dengar, di Malaysia pun kita penah dengar cerita-cerita telepon bimbit ni meletup. Bagaimanapun cerita ini berlaku di China. Seorang lelaki mati selepas henfon nya meletup. Mengikut cerita, selepas dia masukkan bateri yg baru dicas ke dalam henfonnya, dia meletak henfon tersebut ke dalam poket, dan henfon tersebut terus meletup. Dia mati disebabkan luka teruk di leher dan arteri utama.


9- Dedoran Meletup
Seorang remaja cedera selepas dia baru saja men'deoderan'kan dirinya di dalam tandas rumahnya di Santiago. Dia mengalami luka lecur di bahagian mukanya dan dikejarkan ke hospital
untuk rawatan lanjut. Letupan tu mengakibatkan bumbung dan tingkap tandas pecah.


10- Mesin Basuh
Meletup


Kejadian ni berlaku apabila soranglelaki bernama Glenn Johnson mencampurkan gasolin ke dalam mesin basuhnya untuk menghilangkan kesan gris yang melekat pada bajunya. Menurutnya lagi, dia sudah 25 tahun mengpraktiskan cara tersebut untuk menghilangkan gris pada pakaiannya. Dia mencampurkan detergen, air dan sedikit gasolin untuk tujuan tersebut. Menurutnya,"petua' tersebut dipelajari dari ayahnya. Naun dia mengaku dia bahawa telah terlebih letak gasolin menyebabkan ada gas-gas gasolin yangg terbebas keluar dari mesin basuh itu yang mungkin menyebabkan terjadi letupan.

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top