Isnin, 2 November 2009

Pelajar Ajuk Cara ‘Bersolat Jemaah’ Dalam Gereja



Keratan akhbar dari Harian Metro bertarikh 02 November 2009 ( Isnin ).

Berita berkisar tentang lapan remaja termasuk dua perempuan yang berusia 12 hingga 15 tahun dari Serawak yang meniru 'solat jemaah' dalam sebuah gereja. Video rakaman selama 13 saat itu memaparkan bagaimana empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam. Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan oleh rakan yang lain, manakala kumpulan remaja berkenaan 'bersolat' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

Di atas adalah antara petikan dari berita dalam akhbar terbabit. Aku cuba cari video tersebut dalam laman youtube, tapi video tersebut telah tiada. Berkemungkinan telah di padam oleh pemiliknya. Apapun, bagi aku, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan dilakukan oleh kumpulan pelajar berkenaan memandangkan usia mereka masih muda dan ada yang masih bersekolah rendah, yang mana aku anggap mereka ini masih tidak atau belum memahami antara gurauan atau sendaan terhadap agama lain. Sungguh membimbangkan sekiranya remaja-remaja ini tidak di perbetulkan akhlaknya...ditakuti kelak, remaja inilah yang akan menghancurkan keharmonian agama di negara kita ini. Dan juga bagi aku, perkara ini adalah di luar jangkaan kita sebagai seorang guru di mana dalam usia sebegini, pelajar ini sudah berani melakonkan watak 'sensitif' begini. Tidak dinafikan juga mungkin pelajar ini terpegaruh dengan laman-laman video barat dari internet yang mana ada anak-anak muda dari barat juga berani mempersendakan ISLAM.

Aku sebagai seorang guru, terbit juga rasa marah dan terguris apabila membaca berita ini tadi. Balik sekolah siang tadi, aku terus singgah ke kedai makan. Sementara aku menunggu order, aku pun bacalah Harian Metro ni sehinggalah aku terbaca berita ini. Balik dari makan, aku terus cari dari internet tentang berita ini dan aku 'tepek' kan di sini sebagai tatapan dan pengajaran bagi semua guru dan juga sesiapa yang membacanya bahawa sesungguhnya anak-anak didik kita sekarang ini telah berani beberapa langkah di hadapan kita dengan melakukan perkara yang tidak kita sangkakan. Kepada guru-guru dan juga sesiapa sahaja yang membaca petikan ini, pesanlah kepada anak-anak murid, anak-anak,saudara-mara atau sesiapa sahaja yang kita kenal,janganlah sesekali cuba mempersenda agama orang lain kerana ALLAH juga melarang kita dari menghina dan mencerca agama lain.

~Semoga ALLAH membuka pintu hati pelajar-pelajar ini tentang kemuliaan ISLAM...AMIN~

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam,
tidak keterlaluan kalau saya katakan tindakan tersebut adalah hasil pembentukan aliran pemikiran di bentuk oleh keluarga mereka sendiri, di kalangan mereka tersebut ada anak pengetua...dan perkara ini cuba untuk disembunyikan tapi terlepas...dan salah seorang ada dekat SMK St. Luke, Sri Aman setelah berpindah dari SMK St. Augustine

Tanpa Nama berkata...

Pelajar tersebut nak bergurau dan berjenaka tapi tak sedar implikasi dari perbuatan. Boleh di anggap menghina agama Islam, wajar diberi kaunseling.

Tanpa Nama berkata...

celAka kau org dayak.babi agama kristian...dayak kiluk....fuck jesus

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top