Rabu, 19 Ogos 2009

Kenali Jenis – Jenis Spyware


Spyware adalah antara faktor penyebab kepada kerosakkan komputer anda ketika selepas anda melayari internet yang membawa kesan seperti berikut ;

  1. Komputer jadi perlahan atau terlalu perlahan
  2. Internet menjadi perlahan (untuk memulakan Internet Explorer pun makan masa hampir 1 minit !)
  3. Kebocoran (kecurian) maklumat peribadi yang anda simpan dalam komputer anda

Spyware paling bahaya ialah yang berfungsi sebagai pencuri data. Terdapat beberapa jenis-jenis spyware yang anda patut kenali dan ketahui yang mana semua jenis spyware ini membawa kepada satu tujuan yang sama iaitu menyusahkan diri kita.

1. Adware
Ia adalah program yang berada di dalam komputer anda, ia hanya menunggu masa untuk anda melayari internet. Selalunya ia terletak pada internet cookies. Adware akan bertindak menghantar popup, popover dan poppunder ads apabila ia mengesan anda berhubung dengan internet. Adware digunakan untuk ejen pengiklanan sesetengah syarikat. Ia akan masuk ke dalam komputer anda melalui perisian percuma yang tidak boleh dipercayai, di mana perisian itu diperlukan untuk memasuki sesebuah laman web tersebut.

2. Keyloggers
Ia juga dikenali sebagai keybord logger. Dicipta dan berfungsi untuk mencuri data dan maklumat. Keylogger ini akan merekod keystrokes, mengambil kata laluan anda, nombor akaun bank atau maklumat-maklumat peribadi anda. Tugasnya amat mudah, apabila anda log in dalam online banking, ia akan rekod no pin anda,atau apabila anda membuka email anda, ia akan rekod kata laluan anda. Ia akan merekod segala-galanya samada anda online atau offline, dan semua maklumat akan dihantar kepada pencuri ni tanpa pengetahuan dan keizinan anda.

3. Browser Hijack
Jenis yang ini pula akan menginstall dirinya sendiri ke dalam komputer anda. Ia akan menukar default homepage dalam pelayar web anda dan disable kan untuk setting itu. Setiap kali anda membuka pelayar web anda, ia akan membawa anda ke laman web yang telah diset pada default homepage tadi. Tujuannya hanya satu iaitu untuk mempromosikan laman web itu atau pengiklanan.

4. Modem Hijacker
Modem Hijackers merujuk kepada kepada pemanggil. Program ini selalunya datang melalui perisian p2p, mp3 percuma atau laman web porno. Pemanggil ini akan mendapatkan maklumat line telepon anda melalui modem dan akan menggunakan talian telefon anda untuk membuat panggilan tanpa izin. Selalunya ia digunakan untuk chatting porno. Tanpa disedari bil telepon anda akan melambung tinggi dengan rekod panggilan yang anda tidak kenali.


Dengan sedikit maklumat di atas mungkin boleh membantu anda mengenali dan mengetahui kepelbagai bahayaan dalam internet. Langkah awal dan berjaga-jaga yang boleh diambil ialah dengan menginstall perisian seperti antispyware,anti hijack dan sebagainya. Anda boleh memuat turun pelbagai jenis perisian tersebut secara percuma di Filehippo.com. Antara perisian yang saya cadangkan dan sedang saya gunakan ialah Spybot Search & Destroy 1.6.2.


p/s ~ Maklumat ini telah diedit dan diambil dari azumass.com

0 comments:

Catat Ulasan

Rekod Kunjungan

Hits Since August 12, 2009!

Free Hit Counter by Pliner.Net

Pengunjung Online

Mesej Rakan...

Download

BlogMalaysia.com

Bicaraguru Rank
 
Aku Melihat...Aku Dilihat... creditosBlogger Templates creditos Templates by lecca 2008 .....Top